Selasa, 1 Disember 2015

Buah Jambu Mawar

Artikel kali ini mengenai satu lagi jenis spesis yang juga semakin sukar untuk ditemui yang dikenali buah jambu mawar. Serba sedikit coretan mengenai buah jambu mawaryang sudi dikongsikan oleh beliau boleh anda baca di bawah ini;

 Rasanya ramai anak-anak muda tak dapat mengenali spesis jambu ni lantas kesukaran menemuinya. Jambu batu, jambu air, jambu bol, jambu madu dan jambu botol masih ada disekitar rumah.
Berbalik kepada jambu mawar tadi rasanya ia berbuah sepanjang masa.. entahlah setiap kali balik kampung mesti ada berbuah dan berbunga. Tapi tak la lebat sangat. Bunganya ala-ala bunga jambu bol tapi berbunga dihujung tangkai tak seperti jambu bol berbunga didahannya.
Buahnya bila ranum akan kekuningan dan berbau wangi. Sungguh enak aromanya…. Bila nak makan, ambil dulu baunya…baru la makan.Bijinya seiras jambu bol…
Pokoknya agak besar juga dan banyak dahan. Khasiatnya kurang pasti la pulak…
. Bagi anda yang masih ada menanam pokok jambu mawar ini di kampung halaman, diharap dapat memberi sedikit komen di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan