Ahad, 25 September 2016

Buah gac

Buah Gac atau nama saintifiknya Momordica cochinchinensisadalah sejenis buah exotik yang sangat unik dari segi bentuk luarannya. Keluarga terdekat bagi buah ini ialah Momordica charantia yang kita kenali sebagai peria. Pokok yang tumbuh menjalar ini mengambil masa lebih kurang 8-9 bulan untuk mendapatkan buahnya.
Buah Gac, dipercayai berasal dari Vietnam dan nama Gac juga adalah berasal dari sebutan perkataan bahasa di Vietnam. Kini, buah ini sudah banyak dijumpai dijual di negara jiran kita Thailand dan kemungkinan benih buah ini juga dibawa masuk dari sana.

 Menurut rujukan sebuah blog, Di Chiangmai, jus buah Gac di jual dengan harga 15 Baht sebotol. Buah ini sangat kaya dengan antioksidan, beta-karotena, lycopene (70 kali lebih daripada pada tomato), dan zeaxanthin. Ia juga dikatakan mengandungi kepekatan beta karotena lebih tinggi berbanding buah-buahan atau sayur-sayuran.
Maklumat mengenai buah ini di Malaysia masih lagi kurang namun potensi tanaman ini untuk berkembang sangat baik sekali disebabkan nilai nutrisi buah ini yang sangat tinggi. Jika anda mempunyai makluman lain mengenai tanaman ini, silalah kongsikannya di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan