Sulaiman Al-Banjari

Banjar Blogger

Lencana Facebook

Mohammad Sulaiman AlBanjari | Reka Lencana Anda

Rabu, 14 September 2016

Jumlah Jemaah Haji Merosot Jejas Bisnes Di Tanah Suci

MAKKAH – Banyak aktiviti perniagaan Arab Saudi yang menyediakan perkhidmatan dan jualan barangan kepada para jemaah haji dari seluruh dunia terjejas pada tahun ini akibat bilangan jemaah yang merosot teruk.

Bahkan, jemaah tahun ini juga dikatakan mengurangkan perbelanjaan mereka ketika berada di Tanah Suci. Keseluruhannya, perniagaan berkaitan haji merosot sebanyak separuh, kata Marwan Abbas Shaaban, ketua Jawatankuasa Haji dan Umrah di kerajaan tersebut.

Pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan hanya sekitar 1.86 juta jemaah, termasuk 1.3 juta dari luar negara itu, datang menunaikan haji pada tahun ini, merosot berbanding rekod bilangan kemuncak hampir 3 juta orang yang dicatatkan beberapa tahun lalu.

Jumlah jemaah dari luar berkurangan sekitar 20 peratus dan jumlah jemaah Arab Saudi sendiri pula merosot sebanyak separuh, ujar Marwan. Jemaah asing yang datang ke Tanah Suci pula mempunyai wang belanja yang lebih sedikit, kata Ali al-Hirabi.

Dia yang menjual rantai dan cincin emas di sebuah kedai barangan kemas di bandar suci itu berkata: “Mereka memang datang ke kedai, tetapi situasinya tidak sama lagi seperti ketika dunia ini aman. Negara-negara Arab yang mempunyai masalah.”

Arab Saudi sendiri dan banyak negara jirannya dilaprkan terjejas akibat kejatuhan pada harga minyak dunia yang mengurangkan perbelanjaan negara, gaji serta perbelanjaan domestik. Perang di rantau Timur Tengah juga menjejaskan urusan haji.

Para pegawai memberikan pelbagai sebab mengapa jumlah jemaah merosot. Antara sebab paling ketara ialah boikot oleh Iran, yang melarang warganya daripada datang menunaikan haji tahun ini setelah hubungan diplomatik dengan Arab Saudi putus.
Ia susulan hukuman mati dijatuhkan kerajaan Arab Saudi terhadap ulama Syiah dan kumpulan pengikutnya. Usaha menunaikan haji tidak menjadi setelah Tehran menuduh Riyadh bertanggungjawab atas keselamatan tidak memuaskan pada musim haji tahun lalu.

Negara Parsi itu merujuk insiden tragik apabila sekurang-kurangnya 2,070 orang rakyatnya maut dalam rempuhan. Arab Saudi menyatakan keselamatan haji sudah diperbaiki berbanding tahun lalu dan menuduh Iran mempolitikkan haji dengan kritikan.

Rakyat Iran pada kelazimannya hanya membentuk kira-kira 7 peratus daripada bilangan jemaah haji dari luar negara, dan boikot tersebut sebenarnya tidak membentuk sebahagian besar daripada kemerosotan pada jumlah jemaah haji secara keseluruhan.

Satu lagi faktor ialah kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan di sekitar Masjidil Haram sendiri, yang bertujuan meningkatkan keupayaannya untuk menampung para jemaah haji pada masa depan, namun bermakna ruang yang tersedia agak berkurangan.

“Sepanjang tiga tahun lepas, terdapat kemerosotan jumlah jemaah akibat kerja peluasan dua Masjid Suci dan peningkatan besar-besaran pada infrastruktur selain keadaan politik di sesetengah negara dan keadaan ekonomi sebagai faktor lain,” kata jurucakap kerajaan.

Perang di Syria, Iraq, Yaman dan Libya, menyebabkan jumlah jemaah merosot pada tahun-tahun lepas, juga bertambah buruk tahun ini. Majoriti warga Syria dan Yaman kini tinggal di wilayah dikuasai pihak penentang Arab Saudi, justeru sukar bagi mereka mendapat visa.

Datuk Bandar Makkah, Osama bin Fadl Al-Bar, bagaimanapun tidak memperbesarkan isu kemerosotan bilangan jemaah itu dan berkata: “Tentunya ia ada kesan pada sektor ekonomi, namun sektor swasta selalu lihat pada sudut positif dan peluang pelaburan yang wujud.”
Beliau berkata kerja perluasan Masjidil Haram dan hotel-hotel berhampiran, yang menjadikan kawasan itu dipenuhi kren, akan memacu perniagaan pada masa depan dan membolehkan bandar itu menampung 3.7 juta jemaah haji pada 2020 dan 6.7 juta menjelang 2042.

Sebagai sebahagian pelan pembaharuan agar Arab Saudi tidak terlalu bergantung pada minyak, kerajaannya ingin menggalakkan ramai lagi mengunjungi Makkah di luar musim haji, dan meningkatkan jumlah jemaah umrah kepada 30 juta menjelang 2030 berbanding 8 juta kini.

Namun beberapa pengkritik seni bina dan warisan kebudayaan tidak bersetuju dengan perubahan-perubahan pada landskap Makkah disebabkan projek-projek pembangunan mega, termasuk bangunan-bangunan tinggi dan sebuah menara jam raksasa setinggi 76 tingkat.

Sementara itu, meskipun jumlah jemaah merosot, para peniaga di Makkah nampaknya tidak pula mengurangkan harga mereka. Ini menyebabkan jemaah haji sering mengadu tentang kos barangan asas yang tinggi, terutama berhampiran dengan Masjidil Haram.

Ulama kanan Saudi, Sheikh Abdullah bin Sulaiman al-Manea memberitahu akhbar tempatan Okaz bahawa perniagaan-perniagaan tidak seharusnya merugikan para pelanggan mereka, dan mengkritik kemunculan papan-papan iklan yang berleluasa di bandar raya itu.

“Ibadah haji tidak seharusnya menjadi tempat perdagangan dan keuntungan,” katanya. Warga Maghribi, Fatima al-Murabit, yang menunaikan haji bersama-sama suaminya buat kali kedua berturut-turut berkata, harga barangan meningkat berbanding tahun lalu.

“Kurma pun mahal, dan sikap tidak sopan sesuatu yang biasa dalam kalangan peniaga dan pekerja pasar. Ada eksploitasi terhadap mereka yang tidak tahu-menahu. Saya harap ini berubah pada masa depan. Ramai datang untuk ke Masjid Nabawi dan Kaabah, tapi ada eksploitasi,” katanya. 

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Dicatat oleh Muhammad Sulaiman di 1:23 PG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Masjidil Haram, perniagaan Arab Saudi, Tanah Suci
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Ingatan bagi diri ku

Ingatan bagi diri ku

Arkib Blog

  • ►  2017 (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ▼  2016 (24)
    • ►  Oktober (1)
    • ▼  September (2)
      • Buah gac
      • Jumlah Jemaah Haji Merosot Jejas Bisnes Di Tanah S...
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2015 (16)
    • ►  Disember (9)
    • ►  November (7)

Popular Posts

  • Pokok serai kayu
    Nama Tempatan:  Salam Nama Saintifik: Eugenia Polyantha Nama Lain: samak kelat, bay leaf, daun salam manting, serah, serai kayu, ...
  • Masakan tradisional Banjar di Malaysia
    Masyarakat Banjar antara etnik rumpun Melayu Nusantara yang kini menjadi sebahagian daripada etnik Melayu terbesar di Malaysia. Etnik Banj...
  • Petua awet muda yang perlu wanita tahu
    Oleh:Nadia Mingguan Wanita Apabila usia semakin meningkat, macam-macam penyakit mula muncul. Tambah pula kaum mak-mak, tapi kalau anda...
  • Keladi Tikus
    Pokok herba Keladi tikus. - Wikipedia Nama Tempatan: Keladi Tikus. Nama Saintifik: Typhonium Flagelliforme. Nama Lain: Rodent Tuber, Laosh...
  • Buah engkala
    Saya tertarik dengan buah ini lalu membuat satu artikel mengenai buah engkala yang unik ini. Ada juga yang menyebutnya sebagai buah engkal...
  • Manfaat Daun Turi untuk Kesehatan
    Manfaat daun turi yang alami ini tentu bisa kita gunakan sebagai obat herbal. Turi dengan nama latin Sesbania grandiflora adalah tanaman...
  • Khasiat Pokok Gandarusa
    Nama Saintifik:Justicia Gendarussa linn Famili:Acanthaceae Nama Biasa:Gandarusa Nama lain:Daun rusa(melayu), bo gu dan(cina),gendar...
  • Buah gac
    Buah Gac atau nama saintifiknya Momordica cochinchinensisadalah sejenis buah exotik yang sangat unik dari segi bentuk luarannya. Keluarga ...
  • Wanita ditelan ular sawa tidak benar
    Gambar ular sawa yang didakwa menelan seorang wanita di Taiping mulai viral hari ini . IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak hari i...
  • "Kebanyakan sushi tidak halal & haram dimakan"
      Send by Email Hari tu saya ada chatting dengan seorang bekas Chef Masakan Jepun. Kebetulan tengah present kat dia design Logo Budget say...

Tetamu

Untuk renungan kita bersama

Untuk renungan kita bersama

Mengenai Saya

Foto saya
Muhammad Sulaiman
Lihat profil lengkap saya

Kulaan sabarataan

Kulaan sabarataan

Tetamu

Senarai Blog Saya

  • Wak Labu Farm
    Tiga penjuru siapa yang rugi? - ANITA ABU HASAN, LIZA HASAN, NURUL RIDUAN NOR ASHAHA & MUHAMMAD AFHAM RAMLI 26 APRIL 2018 - Gambar hiasan PADA 9 Mei ini akan menyaksikan persaingan sengit...
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI PECAL SAYUR - PENGUBAT RINDU - [image: rsz_psmg] *Assalammualaikum, selamat bertemu kembali setelah 3 bulan lebih che mat tak bersiaran di blog atas sebab kesihatan tak mengizinkan. Buat ...
  • Hidup Itu Indah
    Demam Panas - Assalamualaikum Acik acik doakan saya cepat sembuh ye. Saya demam panas sejak malam tadi -Aish *Syakir*
  • Bloglist Malaysia
    Mahathir perlu kembali ke darjah satu, kata Jamal - Sehari selepas melabelkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai kebudak-budakan kerana memulangkan pingat kebesaran negeri Selangor, hari ini Ketua Umno Sungai...
  • Detik Islam
    Retaknya Dinding Masjid Al-Aqsa - APAKAH Masjid Al-Aqsa sekarang hanya tinggal menunggu roboh saja? Dari hari ke hari, menurut laporan Quds Press, dinding-dinding Al-Aqsa semakin retak, ...
  • SantaiD'Rimba
    Biji Benih Acai Berry - Harga Ramadhan dilanjutkan ke bulan Shawwal. Sebungkus benih Acai berry RM50.00 termasuk poslaju. Dua bungkus hanya RM90.00 termasuk poslaju. Setiap bungkus ...
  • WANITA ~GARAM DAN GULA
    KAK LONG DAH ABIS MATRIK...YABEDABEDUUUU - Rabu 17 may 2017 Assalamualaikum sume... :) Pekabo? Harap2 sume sehat...minggu lepas hari selasa petang akak dan cik boss dgn perasaan dan semanga...

Tumbuhan Herba

Tumbuhan Herba
tepus

Tumbuhan Herba

Tumbuhan Herba
misai kucing

Tumbuhan Herba

Tumbuhan Herba
beluntas

Tumbuhan Herba

Tumbuhan Herba
bunga kantan
Tema Ringkas. Dikuasakan oleh Blogger.