Rabu, 27 Julai 2016

Pokok ketum boleh ditanam jika khasiat dibuktikan - MB Perlis

 Send by Email
Arau – Pokok ketum boleh ditanam secara komersial jika nilai perubatannya dibuktikan secara saintifik dan mempunyai permintaan tinggi di luar negara, kata Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Beliau berkata, ini bagi mengelakkan tanaman itu disalahgunakan kerana pengambilan air ketum yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan selain menyebabkan ketagihan.

Azlan berkata, walaupun daun ketum diakui mempunyai nilai perubatan tertentu dan digunakan secara tradisi untuk mengubati beberapa jenis penyakit tetapi kajian saintifik mengenai nilai-nilai perubatan tumbuhan itu tidak pernah dibuat.

“Saya tidak pasti jika ada pihak di dalam atau luar negara pernah menjalankan kajian saintifik termasuk menerbitkan jurnal atau mengeluarkan laporan mengenai daun ketum,” katanya kepada BERNAMA pada jamuan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri Pauh di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainul Abidin, memohon kebenaran kerajaan untuk menanam pokok ketum secara komersial bagi menambah pendapatan pekebun.

Dalam kenyataannya di Kuala Nerus, Terengganu semalam, Zahidi berkata daun ketum yang didakwa mempunyai nilai perubatan tinggi akan dieksport ke Amerika Syarikat dan Eropah kerana mendapat permintaan tinggi dari syarikat farmasi di sana.

“Sekiranya ada (maklumat mengenai permintaan dari negara luar), mesti ada tindakan untuk memastikan daun ketum yang ditanam secara komersial tidak disalahgunakan,” kata Azlan.

Beliau berkata, pada masa ini hanya Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) diberi kebenaran khas untuk menanam pokok ketum secara terkawal bagi tujuan penyelidikan termasuk kesan, khasiat dan nilai-nilai perubatan secara saintifik.

Katanya, beliau tegas dalam isu daun ketum kerana tumbuhan itu sentiasa disalahgunakan dan dapatan awal kajian Jabatan Pendidikan Perlis mendapati pelajar yang meminum air ketum mengalami kesan negatif seperti ketagihan.

“Secara tidak langsung daun ketum adalah punca pelajar ponteng sekolah dan kemerosotan prestasi mereka. Sebab itu saya mahu pengambilan air ketum yang memudaratkan kesihatan dikekang supaya tidak menjejaskan pelajar,” katanya. 

– Bernama

Selasa, 26 Julai 2016

Kenali tumbuhan yang berkhasiat

ulam raja
Nama Tempatan : Ulam Raja
Nama Saintifik : Cosmos caudatus
Nama Lain : King salad, Intan Berayun

 Ulam Raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam jenis cosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga yag kecil dan berwarna agak pucat(merah jambu pucat) atau putih.

Ia juga dikenali sebagai bokok intan berayun. biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai 2 meter tingginya dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah pada 200 meter dari aras laut. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang.Tumbuhan ini berasal dari Amerika latin tetapi boleh didapati tumbuh secara liar disemua negara Asean.

Ia mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan laksium dan vitamin A.

 KHASIAT : Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.

Ulam Raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh dihalaman rumah atau didalam pasu bunga. Kaedah penjagaan yang mudah dengan siraman air dua kali sehari akan menjadikan pokok ulam raja mudah membiak dan membesar dengan cepat. Ianya boleh dijadikan sumber sayuran atau ulaman seharian. Sangat sesuai ditanam didalam pasu sekiranya anda tinggal dirumah bertingkat seperti flat atau apartment

Rabu, 20 Julai 2016

"Kebanyakan sushi tidak halal & haram dimakan"

 Send by Email
Hari tu saya ada chatting dengan seorang bekas Chef Masakan Jepun. Kebetulan tengah present kat dia design Logo Budget saya. Beliau pernah kerja kat Suntory Japanese Cuisine..dekat Hilton Hotel Jln Tun Ismail KL.

Chef ni pernah juga kerja kat Tokyo Restoran bangunan Amanah Capital Jln Raja Chulan..restoran ni dah tutup skrng. Juga pernah kerja kat Awana Kijal Resort, Restoran Korean New Ang Kok Kwan dan Sakana Ei. Antara benda yang beliau bocorkan kat saya adalah hampir semua hidangan sushi yang mengekalkan originality standard sushi adalah haram dimakan.

Saya yang peminat tegar Sushi King ni terperanjat setan la kan. Memang saya tahu bahawa Sushi King ni belum dapat sijil halal. Alasannya kerana terlalu banyak supplier jadi susah nk dapatkan pengesahan halal daripada semua supplier.

So saya berbaik sangka lah kat Sushi King tapi bila Chef yang dah otai dalam menyediakan kuliner Jepun sendiri yang bocorkan yg kebanyakan sushi ni tak halal, saya jadi tak mampu berbaik sangka lagi. Nak tahu kenapa?

Ok. Kata chef ni :

+ Pertama : Nasi kepal sushi rasa masam-masam sikit kan? Sebenarnya nasi tu,bila dah masak,mereka akan gaul sedikit cuka dan mirin (4% alkohol)

+ Kedua : Belut (unagi) tu pula dimasak dgn soy sos + sake (40% alkohol)

+ Ketiga : Lagi malang klu mkn kat restoran yang betul-betul punya asli makanan Jepun ni..lepas mkn mereka hidang pencuci mulut ,agar2 dan buah. Agar2 tu di campur dgn jus oren wisky.

+ Keempat : Saya tanya Chef ni. Betul ke terjadi pembaziran air masa nak buat nasi sushi ni. Beliau bagitahu beras California memang kena running water semalaman sbb beras tu sticky

Dia bagitahu lagi, babi mereka tak guna tapi mereka banyak guna arak dalam penyediaan makanan mereka. Chef ni pernah cuba tukar resipi menggunakan bahan yang halal 100% tapi katanya banyak customer yang merungut sebab rasanya tak sama dengan sushi yang asli.

Alhamdulillah Chef ni dah taubat dan dah berhenti jadi Chef makanan Jepun. Beliau tak sanggup dah bersubahat dengan owner restoran untuk buat menu haram ni.

P/s : Ini bukan cerita rekaan. Saya Taufiq Razif bertanggungjawab dengan post ini. Minta tolong sangat-sangat viralkan supaya banyak orang Islam terselamat drp sushi yang tidak halal.

Read more http://www.kualalumpurpost.net/kebanyakkan-sushi-tidak-halal-haram-dimakan/