Ahad, 13 Disember 2015

Manfaat Daun Turi untuk Kesehatan


Manfaat daun turi yang alami ini tentu bisa kita gunakan sebagai obat herbal. Turi dengan nama latin Sesbania grandiflora adalah tanaman dengan sejuta kegunaan.

 Diduga turi berasal dari Asia Tenggara dan Asia Selatan., namun sekarang sudah tersebar ke berbagai darah tropis di dunia.

 Turi merupakan pohon kecil anggota suku Fabaceae yang tersebar di India Timur sampai Australia.

 Di Indonesia, pohonnya ditanam sebagai tumbuhan pelindung di sawah-sawah atau tanaman hias di halaman rumah.

Turi mempunyai daun penumpu sepanjang 0,5 – 1 cm dengan daun majemuk dan tersebar. Panjang daun sekitar 20-30 cm. Anak-anak daunnya jorong memanjang, menyirip genap dan rata. Tangkainya pendek dan di setiap tangkai berisi 20-40 pasang anak daun. Daunnya juga dimanfaatkan untuk pakan ternak dan pupuk.

Kandungan Daun Turi
Tercatat banyak yang menunjukan bahwa turi merupakan hijauan yang bernutrisi tinggi dan disukai oleh ruminansia ( hewan pemamah biak ).
 Setiap 100 gram berat kering, daun ini mengandung sekitar 36% protein kasar dan 9600 IU vitamin A.
 Konsentrasi N pada dedaunan itu sekitar 3,0–5,5%, dan lebih tinggi lagi pada biji, yakni hingga 6,5%. 
Ketecernaan dedaunan itu berkisar antara 65–73%, dengan kandungan serat kasar yang rendah (5–18%). 
Walaupun tanaman turi diketahui mengandung saponin dan tannin, sejauh ini tidak ada reaksi toksik yang terjadi pada ruminansia. Tapi perlu diperhatikan pakan ini bersifat mematikan pada ayam karena hanya berperut tunggal ( monogastrik).

Khasiat Daun Turi
Dari beberapa kandungan itulah, membuat selain bunganya tapi daunnya juga dapat digunakan sebagai bahan untuk mengobati penyakit dan meningkatkan kesehatan tubuh. Berikut ini selengkapnya tentang penjelasannya :

Demam nifas
Giling 1/3 genggam daun yang sudah dibersihkan, tambahkan ¾ cangkir air minum dan sedikit garam. Diperas dan disaring, lalu dapat diminum.

Penambah ASI
Ambil daun turi muda secukupnya, lalu dikukus. Dimakan sebagai lalapan matang. Bisa juga memakan bunga turi yang sudah di masak terlebih dahulu.

Obat batuk
Siapkan daun turi merah dan daun inggu masing-masing 1 genggam kemudian tumbuk hingga halus, tambahkan air perasan sebuah jeruk pecel. Aduk, selanjutnya peras dan disaring, lalu silahkan Anda minum.

Keputihan
Ambil segenggam daun turi putih dan kunyit sebesar ibu jari dicuci kemudian giling hingga halus. Tambahkan ¾ gelas air minum, diaduk, diperas, dan disaring, lalu minum air perasan tadi 2 kali sehari.

Kuku bengkak akibat tersandung ataupun terkena pukulan
Ambil daun secukupnya lalu ditumbuk hingga halus. Tempelkan diatas kuku yang sakit dan kulit sekitarnya, lalut dibalut dengan kain kasa atau sejenisnya. Ganti 2-3 kali dalam sehari.

Radang tenggorokan
Rebus segenggam daun turi merah dengan air bersih secukupnya, lalu saring. Apabila sudah dingin, air rebusan tadi gunakan untuk berkumur. Lakukan kumur-kumur 4 kali sehari.

Sariawan & sakit tenggorokan
Ambil daun secukupnya, cuci bersih lalu diremas-remas dalam wadah yang sudah ditambah air matang. Gunakan untuk berkumur di tenggorokan atau gargle.

Kecubong



Nama Botani: Datura Fastuosa

Nama Lain: Kecebung

Famili: Solanaceae

Pengenalan:
Pokok jenis renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 2 m.

 Batang bersifat tegak, licin atau berambut sedikit.

 Ranting dan daunnya berwarna keungguan terutama ketika muda.

 Berdaun ringkas, berbentuk bujur yang melebar dibahagian bawah, berukuran 9-18 cm panjang, hujung daun berkeadaan runcing ('acuminate').

 Urat daun timbul dipermukaan bawah.
 
Tangkai daunnya panjang,boleh mencapai sehingga 16 cm.

 Bunganya besar dan panjang berbentuk seperti trompet, bewarna putih dan mempunyai warna ungu di hujung kelopak.

 Buah berbentuk bulat, keras dan berduri.

Khasiat dan Kegunaan:
Bunga kecubung dihiris nipis dan dikeringkan sebelum ia dicampur dengan tembakau untuk dihisap sebagai rokok bagi merawat penyakit lelah.

 Kelopak bunga yang dikeringkan juga boleh dihisap seperti rokok bagi tujuan yang sama.

 Seduhan kelopak bunga boleh diminum bagi merawat sakit jiwa.

 Penggunaan luaran daun kecubung dikatakan dapat meransang pertumbuhan rambut, melegakan kembung pada kanak kanak dan merawat sakit tulang.

 Penggunaan kecubung perlu diawasi kerana kehadiran racun-racun seperti kimia hyoscyamine, scopolamine dan atropine yang boleh menyebabkan khayal.

Sabtu, 12 Disember 2015

Pokok serai kayu


Nama Tempatan: 
Salam

Nama Saintifik:
Eugenia Polyantha

Nama Lain:
samak kelat, bay leaf, daun salam manting, serah, serai kayu, Daeng klua (Thai),Saramu-rihu. sinonim: Syzygium polyanthum

Famili:
myrthaceae

Lokasi dijumpai:
Tumbuhan liar

Asal:
keterangan:

Pokok salam merupakan sejenis pokok tropika yang biasa ditemui tumbuh liar. Ia boleh mencapai ketinggian hingga 90 kaki.Namun ketinggian yang biasa dijumpai ialah 60 kaki. Ia mepunyai dahan yang merimbun dan dan berbentuk ringkas.

 Bunganya berwarna merah jambu dan mempunyai bau yang wangi. Buahnya kecil seperti buah beri, berwarna merah yang akan bertukar menjadi coklat apabila matang sepenuhnya.

Daunnya yang kering berbau wangi dan mempunyai rasa yang sedikit masam. 
Ia biasa digunakan sebagai rempah dalam masakan Indonesia terutamanya masakan daging.
Ia dikatakan akan menghasilkan aroma yang lebih kuat selepas digoreng atau dipanaskan.
Kandungan kimia utama bagi tumbuhan ini ialah :euginol, citral, tanin , flavanoid dan metachavicol.
Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang.

kegunaan:

Perubatan herba menggunakan daun salam untuk mengubat penyakit seperti kencing manis, cirit-birit dan darah tinggi.

Bahagian yang digunakan termasuklah daun, akar, kulit batang dan buahnya.
Untuk diabetis melitus caranya dan tekanan darah tinggi, 20 helai daun salam direbus bersama tiga gelas air hingga menjadi satu gelas.
 Air ini diminum dua kali sehari sebelum makan pagi dan malam.

Untuk mengubat cirit birit, daunnya direbus dan disejukkan sebelum dicampur dengan sedikit garam sebelum diminum.

Akar dan kulit batang salam boleh digunakan untuk mengubat kudis dengan cara ditumbuk hingga halus dan ditampal pada bahagian yang terlibat sebelum dibalut.

Setengah pendapat juga mengatakan daun salam juga boleh digunakan untuk menurunkan kolestrol dengan cara merebus daunnya dan diminum airnya 3 kali sehari.

Jumaat, 11 Disember 2015

Buah engkala

Saya tertarik dengan buah ini lalu membuat satu artikel mengenai buah engkala yang unik ini. Ada juga yang menyebutnya sebagai buah engkalak. Saya sendiri belum pernah bertemu atau melihat secara live buah ini. Jadi, saya membuat sedikit rujukan mengenai buah ini.
Nama saintifik bagi buah engkala ini adalah Litsea garciae dan ianya satu famili dengan buah avocado. Buah ini pada kebiasaanya akan keluar pada dahan-dahan kecil. Buah engkala muda bewarna hijau dan apabila masak akan menjadi merah. Diketahui, Buah ini sememangnya banyak terdapat di Sarawak dan ada dijual di pasar-pasar tamu/tani. Tak tahulah samada di Semenanjung ada ditanam pokok ini ataupun tidak.
Menurut rujukan saya, nak makan buah ini ada caranya.. Buah ini perlu direndam di dalam air suam lebih kurang 5-10 minit. Kemudian boleh ditambah sedikit garam untuk mengenakkan lagi rasanya. Isinya lembut dan dikatakan hampir sama dengan buah avocado.

Anda pernah melihat atau mencubanya? Mungkin anda yang berasal dari Sarawak boleh kongsikan sedikit rahsia mengenai buah ini..

Rabu, 9 Disember 2015

Misai kucing


Nama Botani: Orthosiphon stamineus Benth (O. aristatus Blume)

Nama Lain: Remujung, Kumis kucing (Indonesia), Java tea (Inggeris)

Famili: Lamiaceae

Pengenalan:
Misai kucing ialah sejenis tumbuhan tropika yang berasal dari negara Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina serta kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei.

 Ia boleh didapati di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar sama ada kawasan tanah rendah atau tinggi. Pokok ini mempunyai bunga yang cantik dan sering di tanam sebagai pokok hiasan. Bunganya berwarna putih atau ungu dengan filamen yang panjang menyerupai misai kucing. Batangnya pula berbentuk empat segi berbulu pendek, berwarna kemerahan, tumbuh menegak dan bercabang-cabang. Daun misai kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan, licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daunnya pula berjeriji. Tangkai daunnya yang pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Ketinggiannya boleh mencecah sehingga 1.5 m.

Khasiat dan Kegunaan:
Daun misai kucing digunakan bersama hempedu bumi bagi melawaskan pembuangan air kecil, rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam.

Sabtu, 5 Disember 2015

Khasiat Pokok Gandarusa


Nama Saintifik:Justicia Gendarussa linn
Famili:Acanthaceae
Nama Biasa:Gandarusa
Nama lain:Daun rusa(melayu), bo gu dan(cina),gendarussa(english)

Tanaman gandarusa atau dengan nama latin Justicia gendarussa Burm. f. termasuk dalam keluarga Acanthaceae, merupakan tumbuhan semak, yang pada umumnya ditanam sebagai pasar hidup atau tumbuh liar di hutan, tanggul sungai atau dipelihara sebagai tanaman ubat. Di Jawa tumbuh pada ketinggian 1 – 500 m di atas permukaan laut.

Tumbuh tegak, tinggi dapat mencapai 2 m, percabangan banyak, dimulai dari dekat pangkal batang. Cabang-cabang yang masih muda berwarna ungu gelap, dan bila sudah tua warnanya menjadi coklat mengkilat. Daun letak berhadapan, berupa daun tunggal yang bentuknya lonjong dengan panjang 5-20 cm, lebar 1 – 3,5 cm, tepi rata, hujung daun meruncing, pangkal berbentuk biji bertangkai pendek antara 5 – 7,5 mm, warna daun hijau gelap. Buahnya berbentuk bulat panjang. Selain yang berbatang hitam (lebih popular) ada juga yang berbatang hijau.
Khasiat


Dalam perubatan tradisional Gandarusa Hitam digunakan untuk membantu merawat Sengal-sengal Sendi, Sakit Belakang, Pinggang, Kudis Malam (Pucuk), patah, terseliuh dan wanita lepas bersalin sementara Gandarusa Belang pula digunakan untuk Sengal Sendi dan Bisul. Gandarusa Hijau pula ia digunakan untuk membantu merawat Patah Tulang, Bisul, Rheumatik (Sengal Tulang) dan Sengal Sendi.
 Untuk rawatan biasanya orang-orang tua kita dahulu menggunakan daunnya yang tua, digiling bersama beras dan ibu Kunyit (Kunyit tua) dan tampal ditempat yang ingin dirawat. Ingatan: Jika kulit seseorang bermasalah atau anda tidak tahu ada baiknya bahan tersebut dicampur minyak masak samada minyak Kelapa atau Minyak Kelapa Sawit bertujuan mengelakkan kulit melecuh kerana daun Gandarusa bersifat panas.

CARA PEMAKAIAN:
Tulang patah, bisul:Yang segar dilumatkan atau yang kering dihaluskan, dicampur dengan cuka secukupnya, dengan syarat tulang yang patah sudah dalam posisi yang benar dan terfiksasi.
Memar, keseleo, reumatik:15 – 30 gr kering atau 30 – 60 gr gandarusa segar direbus minum airnya.atau :Memar:
Daun gandarusa segar beberapa helai; Minyak kelapa secukupnya, Dilayukan di atas api kecil, Ditempelkan pada kulit yang memar
Memar:Daun gandarusa diolesi minyak, layukan di atas api. Tempelkan ketempat sakit.
Sakit kepala: Daun gandarusa segar beberapa helai; Lada beberapa butir; Air secukupnya, Dipipis hingga berbentuk pasta, Diborehkan pada pelipis dan dahi, bila perlu dibalut dengan kain basah; diulang setiap 3 jam.
Rematik:Daun gandarusa segar beberapa helai; Daun kecubung segar beberapa helai; Lada hitam beberapa butir; Air secukupnya, Dipipis hingga berbentuk pasta, Disapu pada bagian yang sakit; bila perlu dibalut dengan kain basah; diulang setiap 3 jam; tidak dianjurkan bagi ibu hamil

Khasiat Daun Rerama


Info dan Khasiat Daun Rerama
Daun Rama-Rama Merawat Kanser.
 Nama saintifik: Mariposa Christia Vespertillonis
Asal : Rantau Asia Mencapai ketinggian 1.5 hingga 2 kaki dalam masa empat bulan bermula dari benih.
 Daun yang sudah matang boleh dibuat ubat setelah mencapai tempoh empat bulan.
Jika pokok dibiarkan selama setahun dan tidak dipotong, boleh capai ketinggian hingga 5-6 kaki.

Kandungan Khasiat Daun

Khasiat Daun Rerama
Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Daun Rerama yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti air penawar kanser,

Info tentang Khasiat Daun Rerama ini kami masukkan dalam kategori : Herba, Produk Herba, Ubat

Daun Rama-Rama Merawat Kanser

Nama saintifik: Mariposa Christia Vespertillonis
Asal : Rantau Asia
Mencapai ketinggian 1.5 hingga 2 kaki dalam masa empat bulan bermula dari benih.
Daun yang sudah matang boleh dibuat ubat setelah mencapai tempoh empat bulan.
Jika pokok dibiarkan selama setahun dan tidak dipotong, boleh capai ketinggian hingga 5-6 kaki.

Kandungan Khasiat Daun Rerama
Boleh mengubati pelbagai penyakit khususnya kanser dan SLE kerana mempunyai ciri-ciri anti kanser dan anti keradangan yang lazimnya ada pada kebanyakan penyakit.
Mampu meningkatkan antibodi badan dan merawat penyakit berkaitan sel darah merah.

Rabu, 2 Disember 2015

Ubi Tum

 Artikel kali ini mengenai pokok Ubi Tum atau nama saintifiknyaDioscorea bulbifera. Di lain-lain Negara ia lebih popular dengan nama 'air potato' disebabkan ubinya yang tergantung di udara tidak seperti jenis-jenis ubi yang lain yang terdapat di dalam tanah. Walau bagaimanapun terdapat juga varieti lain air potato di luar negara yang juga dikenali Dioscorea alata.

Ubi Tum juga dikenali dengan nama Ubi Sentul atau Ubi Setong di sebelah kawasan pantai timur. Ada juga yang menggelarkannya Ubi takut babi disebabkan tidak tumbuh di dalam tanah.
 Ubi yang tumbuh secara menjalar ini mudah hidup dan tidak sukar menjaganya. Pertama kali menanam pokok ini, ubi yang dikeluarkan tidak besar dan buahnya juga tidak banyak. Daun pokok juga kecil. Apabila kali kedua menanamnya dari benih yang sama, pokok lebih subur dan daun pokok juga lebih besar. Buah/Ubi yang pertama keluar juga mempunyai saiz lebih besar. Namun, ubi-ubi yang lain akan menjadi lebih kecil sehingga ubi yang terakhir keluar yang semakin kecil.

 Adakah ubi ini boleh dimakan dan adakah ia beracun?
 Ubi ini tidak beracun dan ianya boleh dimakan. Sebenarnya, ubi jenis ini mempunyai sedikit racun atau toksik. Mungkin disebabkan itu ubi ini perlu dimasak terlebih dahulu bagi menghilangkan racun yang terdapat di dalamnya.
Daripada maklumbalas mereka yang pernah makan ubi ini, kulit ubi tum dikupas kulit dan perlu dicuci hingga hilang lendir sebelum di masak. Kebiasaannya ia dimasak bersama kari ikan. Rasanya seakan ubi kentang. Ubi Tum ini juga dipercayai boleh dijadikan penawar penyakit kencing manis. Perkara ini juga pernah dinyatakan oleh makcik yang tinggal di Kampung Gajah Perak. Menurut beliau lagi, ubi ini sukar didapati dan harganya juga mahal.

Jika anda ada cerita menarik mengenai ubi ini, bolehlah kongsikannya di sini.

Selasa, 1 Disember 2015

Buah Jambu Mawar

Artikel kali ini mengenai satu lagi jenis spesis yang juga semakin sukar untuk ditemui yang dikenali buah jambu mawar. Serba sedikit coretan mengenai buah jambu mawaryang sudi dikongsikan oleh beliau boleh anda baca di bawah ini;

 Rasanya ramai anak-anak muda tak dapat mengenali spesis jambu ni lantas kesukaran menemuinya. Jambu batu, jambu air, jambu bol, jambu madu dan jambu botol masih ada disekitar rumah.
Berbalik kepada jambu mawar tadi rasanya ia berbuah sepanjang masa.. entahlah setiap kali balik kampung mesti ada berbuah dan berbunga. Tapi tak la lebat sangat. Bunganya ala-ala bunga jambu bol tapi berbunga dihujung tangkai tak seperti jambu bol berbunga didahannya.
Buahnya bila ranum akan kekuningan dan berbau wangi. Sungguh enak aromanya…. Bila nak makan, ambil dulu baunya…baru la makan.Bijinya seiras jambu bol…
Pokoknya agak besar juga dan banyak dahan. Khasiatnya kurang pasti la pulak…
. Bagi anda yang masih ada menanam pokok jambu mawar ini di kampung halaman, diharap dapat memberi sedikit komen di sini.