Memaparkan catatan dengan label Jabatan Bomba dan Penyelamat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jabatan Bomba dan Penyelamat. Papar semua catatan

Selasa, 16 Ogos 2016

Nyaris..... Ular sawa 'tenggek' dalam mangkuk tandas

KLANG – Hasrat seorang kanak-kanak ingin buang air kecil di tandas rumahnya terbantut selepas dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa di dalam mangkuk tandas di Jalan Bukit Mertajam, malam tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 malam itu, reptilia sepanjang dua meter tersebut dipercayai masuk mengikut saluran septik tandas berkenaan.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 8.08 malam dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bergegas ke lokasi.

“Pasukan yang diketuai Ketua Operasi, Mawardi Ahmad mengambil masa 25 minit untuk mengeluarkan ular itu dengan menggunakan penjerut ular.

“Ular itu kemudian dilepaskan di tempat yang selamat,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kes ini.

– MYNEWSHUB.CC

Jumaat, 13 Mei 2016

Wanita ditelan ular sawa tidak benar

Gambar ular sawa yang didakwa menelan seorang wanita di Taiping mulai viral hari ini.

IPOH
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak hari ini menafikan berita yang menjadi viral di laman sosial bahawa seorang wanita ditelan ular sawa di Taiping.

Pengarahnya, Datuk Yahya Madis berkata perkara itu adalah tidak benar ‎dan pihaknya tidak pernah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu.

"Mesej mengenai ular sawa telan manusia di Jalan Aulong, Taiping tersebut ‎adalah palsu yang pernah diviralkan dahulu dan kini disebarkan semula," katanya dalam satu kenyataan.

Selain memaparkan gambar seekor ular sawa yang ditangkap pihak bomba, viral ‎tersebut menyatakan reptilia itu diserah kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negera (Perhilitan) Perak. - Bernama