Sulaiman Al-Banjari

Banjar Blogger

Lencana Facebook

Mohammad Sulaiman AlBanjari | Reka Lencana Anda

Ahad, 25 September 2016

Buah gac

Buah Gac atau nama saintifiknya Momordica cochinchinensisadalah sejenis buah exotik yang sangat unik dari segi bentuk luarannya. Keluarga terdekat bagi buah ini ialah Momordica charantia yang kita kenali sebagai peria. Pokok yang tumbuh menjalar ini mengambil masa lebih kurang 8-9 bulan untuk mendapatkan buahnya.
Buah Gac, dipercayai berasal dari Vietnam dan nama Gac juga adalah berasal dari sebutan perkataan bahasa di Vietnam. Kini, buah ini sudah banyak dijumpai dijual di negara jiran kita Thailand dan kemungkinan benih buah ini juga dibawa masuk dari sana.

 Menurut rujukan sebuah blog, Di Chiangmai, jus buah Gac di jual dengan harga 15 Baht sebotol. Buah ini sangat kaya dengan antioksidan, beta-karotena, lycopene (70 kali lebih daripada pada tomato), dan zeaxanthin. Ia juga dikatakan mengandungi kepekatan beta karotena lebih tinggi berbanding buah-buahan atau sayur-sayuran.
Maklumat mengenai buah ini di Malaysia masih lagi kurang namun potensi tanaman ini untuk berkembang sangat baik sekali disebabkan nilai nutrisi buah ini yang sangat tinggi. Jika anda mempunyai makluman lain mengenai tanaman ini, silalah kongsikannya di sini.
Dicatat oleh Unknown di 10:16 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: antioksidan, beta-karotena, buah gac, buah-buahan, sayur-sayuran

Rabu, 14 September 2016

Jumlah Jemaah Haji Merosot Jejas Bisnes Di Tanah Suci

MAKKAH – Banyak aktiviti perniagaan Arab Saudi yang menyediakan perkhidmatan dan jualan barangan kepada para jemaah haji dari seluruh dunia terjejas pada tahun ini akibat bilangan jemaah yang merosot teruk.

Bahkan, jemaah tahun ini juga dikatakan mengurangkan perbelanjaan mereka ketika berada di Tanah Suci. Keseluruhannya, perniagaan berkaitan haji merosot sebanyak separuh, kata Marwan Abbas Shaaban, ketua Jawatankuasa Haji dan Umrah di kerajaan tersebut.

Pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan hanya sekitar 1.86 juta jemaah, termasuk 1.3 juta dari luar negara itu, datang menunaikan haji pada tahun ini, merosot berbanding rekod bilangan kemuncak hampir 3 juta orang yang dicatatkan beberapa tahun lalu.

Jumlah jemaah dari luar berkurangan sekitar 20 peratus dan jumlah jemaah Arab Saudi sendiri pula merosot sebanyak separuh, ujar Marwan. Jemaah asing yang datang ke Tanah Suci pula mempunyai wang belanja yang lebih sedikit, kata Ali al-Hirabi.

Dia yang menjual rantai dan cincin emas di sebuah kedai barangan kemas di bandar suci itu berkata: “Mereka memang datang ke kedai, tetapi situasinya tidak sama lagi seperti ketika dunia ini aman. Negara-negara Arab yang mempunyai masalah.”

Arab Saudi sendiri dan banyak negara jirannya dilaprkan terjejas akibat kejatuhan pada harga minyak dunia yang mengurangkan perbelanjaan negara, gaji serta perbelanjaan domestik. Perang di rantau Timur Tengah juga menjejaskan urusan haji.

Para pegawai memberikan pelbagai sebab mengapa jumlah jemaah merosot. Antara sebab paling ketara ialah boikot oleh Iran, yang melarang warganya daripada datang menunaikan haji tahun ini setelah hubungan diplomatik dengan Arab Saudi putus.
Ia susulan hukuman mati dijatuhkan kerajaan Arab Saudi terhadap ulama Syiah dan kumpulan pengikutnya. Usaha menunaikan haji tidak menjadi setelah Tehran menuduh Riyadh bertanggungjawab atas keselamatan tidak memuaskan pada musim haji tahun lalu.

Negara Parsi itu merujuk insiden tragik apabila sekurang-kurangnya 2,070 orang rakyatnya maut dalam rempuhan. Arab Saudi menyatakan keselamatan haji sudah diperbaiki berbanding tahun lalu dan menuduh Iran mempolitikkan haji dengan kritikan.

Rakyat Iran pada kelazimannya hanya membentuk kira-kira 7 peratus daripada bilangan jemaah haji dari luar negara, dan boikot tersebut sebenarnya tidak membentuk sebahagian besar daripada kemerosotan pada jumlah jemaah haji secara keseluruhan.

Satu lagi faktor ialah kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan di sekitar Masjidil Haram sendiri, yang bertujuan meningkatkan keupayaannya untuk menampung para jemaah haji pada masa depan, namun bermakna ruang yang tersedia agak berkurangan.

“Sepanjang tiga tahun lepas, terdapat kemerosotan jumlah jemaah akibat kerja peluasan dua Masjid Suci dan peningkatan besar-besaran pada infrastruktur selain keadaan politik di sesetengah negara dan keadaan ekonomi sebagai faktor lain,” kata jurucakap kerajaan.

Perang di Syria, Iraq, Yaman dan Libya, menyebabkan jumlah jemaah merosot pada tahun-tahun lepas, juga bertambah buruk tahun ini. Majoriti warga Syria dan Yaman kini tinggal di wilayah dikuasai pihak penentang Arab Saudi, justeru sukar bagi mereka mendapat visa.

Datuk Bandar Makkah, Osama bin Fadl Al-Bar, bagaimanapun tidak memperbesarkan isu kemerosotan bilangan jemaah itu dan berkata: “Tentunya ia ada kesan pada sektor ekonomi, namun sektor swasta selalu lihat pada sudut positif dan peluang pelaburan yang wujud.”
Beliau berkata kerja perluasan Masjidil Haram dan hotel-hotel berhampiran, yang menjadikan kawasan itu dipenuhi kren, akan memacu perniagaan pada masa depan dan membolehkan bandar itu menampung 3.7 juta jemaah haji pada 2020 dan 6.7 juta menjelang 2042.

Sebagai sebahagian pelan pembaharuan agar Arab Saudi tidak terlalu bergantung pada minyak, kerajaannya ingin menggalakkan ramai lagi mengunjungi Makkah di luar musim haji, dan meningkatkan jumlah jemaah umrah kepada 30 juta menjelang 2030 berbanding 8 juta kini.

Namun beberapa pengkritik seni bina dan warisan kebudayaan tidak bersetuju dengan perubahan-perubahan pada landskap Makkah disebabkan projek-projek pembangunan mega, termasuk bangunan-bangunan tinggi dan sebuah menara jam raksasa setinggi 76 tingkat.

Sementara itu, meskipun jumlah jemaah merosot, para peniaga di Makkah nampaknya tidak pula mengurangkan harga mereka. Ini menyebabkan jemaah haji sering mengadu tentang kos barangan asas yang tinggi, terutama berhampiran dengan Masjidil Haram.

Ulama kanan Saudi, Sheikh Abdullah bin Sulaiman al-Manea memberitahu akhbar tempatan Okaz bahawa perniagaan-perniagaan tidak seharusnya merugikan para pelanggan mereka, dan mengkritik kemunculan papan-papan iklan yang berleluasa di bandar raya itu.

“Ibadah haji tidak seharusnya menjadi tempat perdagangan dan keuntungan,” katanya. Warga Maghribi, Fatima al-Murabit, yang menunaikan haji bersama-sama suaminya buat kali kedua berturut-turut berkata, harga barangan meningkat berbanding tahun lalu.

“Kurma pun mahal, dan sikap tidak sopan sesuatu yang biasa dalam kalangan peniaga dan pekerja pasar. Ada eksploitasi terhadap mereka yang tidak tahu-menahu. Saya harap ini berubah pada masa depan. Ramai datang untuk ke Masjid Nabawi dan Kaabah, tapi ada eksploitasi,” katanya. 

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Dicatat oleh Unknown di 1:23 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Masjidil Haram, perniagaan Arab Saudi, Tanah Suci
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

Ingatan bagi diri ku

Ingatan bagi diri ku

Arkib Blog

  • ►  2017 (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ▼  2016 (24)
    • ►  Oktober (1)
    • ▼  September (2)
      • Buah gac
      • Jumlah Jemaah Haji Merosot Jejas Bisnes Di Tanah Suci
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2015 (16)
    • ►  Disember (9)
    • ►  November (7)

Popular Posts

  • Masakan tradisional Banjar di Malaysia
    Masyarakat Banjar antara etnik rumpun Melayu Nusantara yang kini menjadi sebahagian daripada etnik Melayu terbesar di Malaysia. Etnik Banj...
  • Wanita ditelan ular sawa tidak benar
    Gambar ular sawa yang didakwa menelan seorang wanita di Taiping mulai viral hari ini . IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak hari i...
  • Cara buat penggalak tanaman
    Penggalak Tanaman (Plant Booster) memudahkan tanaman menyerap baja. Penggunaan baja boleh diminimakan bila digandingkan dengan penggalak tan...
  • Cantik: Gabungan 2 bahan yang cukup jimat untuk kulit
    Oleh:Nadia Mingguan Wanita Wanita mana yang tak mahu miliki wajah yang halus dan lebih cerah dengan cara yang mudah? Ya, setiap wanita pa...
  • Buah gac
    Buah Gac atau nama saintifiknya Momordica cochinchinensisadalah sejenis buah exotik yang sangat unik dari segi bentuk luarannya. Keluarga ...
  • Pokok serai kayu
    Nama Tempatan:  Salam Nama Saintifik: Eugenia Polyantha Nama Lain: samak kelat, bay leaf, daun salam manting, serah, serai kayu, ...
  • "Kebanyakan sushi tidak halal & haram dimakan"
      Send by Email Hari tu saya ada chatting dengan seorang bekas Chef Masakan Jepun. Kebetulan tengah present kat dia design Logo Budget say...
  • Tiada amaran jangkitan coronavirus pada kurma - KP Kesihatan
    Posted by Editor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan bahawa tiada sebarang amaran yang dikeluarkan oleh Pertubuhan ...
  • Nasi Ambeng - Juadah tradisi kebangaan masyarakat Jawa
    Nasi Ambeng merupakan juadah tradisi masyarakat Jawa di Malaysia. Menurut orang-orang Jawa, Nasi Ambeng berasal dari Kepulauan Jawa di Ind...
  • Atasi Diabetes Dan Cegah Kanser Sekarang
    Salah satu komoditi pangan yg terhitung benar-benar besar di Indonesia adalah umbi-umbian. Selain jumlah produksinya yg banyak, type umbi...

Tetamu

Untuk renungan kita bersama

Untuk renungan kita bersama

Mengenai Saya

Unknown
Lihat profil lengkap saya

Kulaan sabarataan

Kulaan sabarataan

Tetamu

Senarai Blog Saya

  • Wak Labu Farm
    PM gesa imarah masjid, suburkan kegiatan ilmiah - bharian.com.my Oleh Nur Izzati Mohamad bhnews@bh.com.my - Mac 18, 2025 @ 7:08pm Anwar menandatangani plak simbolik perasmian pada Majlis Perasmian Masjid J...
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN - Assalammualaikum, salam sejahtera semua. Alhamdulillah, masih diberi sedikit kerajinan untuk che mat kemas kini blog tiffinbiru ini, walaupun ini entri p...
  • Detik Islam
    Waktu Hilangnya Islam - Ustaz Wadi Annuar - Islam akan lenyap. Lenyapnya tuan-tuan, lenyap ni sehingga tidak ada satu masjid pun di atas muka bumi Allah yang meluangkan azan. Haih bila itu usta? p...
  • Bloglist Malaysia
    Kebodohan Seorang Pesuruhjaya Parti Islam - Kt
  • Hidup Itu Indah
    Selamat Menyambut Ramadhan Buat Semua - Assalamualaikum Pagi Semua. Selamat menyambut Ramadhan penuh Barokah buat semua. Moga kita semua mengejar pahala selagi mampu. Niat dan berazam khatam Al ...
  • SantaiD'Rimba
    Biji Benih Pokok Ulam Jarjir - Gambar pokok ulam Arab, Jarjir (جرجير) Benih pokok Jarjir sebungkus 20g. +/- .. Harga rm30 sebungkus atau rm55 dua bungkus, termasuk poslaju .. W/a: 012 3...
  • WANITA ~GARAM DAN GULA
    APAM POLKADOT~~~ - *assalamualaikum...* *kali ni sy nak bercerita pasal apam polkadot yg skang ni tengah famous... * *sy yg tengok pon geram gak ar coz bentuk nye yg comel n wa...

Tumbuhan Herba

Tumbuhan Herba
tepus

Tumbuhan Herba

Tumbuhan Herba
misai kucing

Tumbuhan Herba

Tumbuhan Herba
beluntas

Tumbuhan Herba

Tumbuhan Herba
bunga kantan
Tema Ringkas. Dikuasakan oleh Blogger.