Rabu, 18 November 2015

Kaduk

pokok kaduk 

Inilah rupa pokok kaduk.. 
Sekali tengok macam daun sirih, tapi bukan. Kalau nak tahu perbezaannya, pokok sirih ada junjung tempat dia naik menjalar.. tapi pokok kaduk tumbuh melata dan mudah membiak..

 Daun kaduk selain dibuat ulam dan kerabu, biasanya dicampur ke dalam masakan gulai siput sedut (siput sawah). Boleh juga dicampurkan ke dalam masakan singgang asam pedas (bagi orang-orang Kelantan/Terengganu). Mieng Kham juga satu hidangan istimewa pembuka selera, cukup popular di kalangan orang-orang Thai, juga disedikan dengan daun kaduk.

Ahad, 15 November 2015

Pohon cakar ayam

Cakar ayam (Antikanser)
pohon cakar ayam
Cakar ayam (Selaginella doederleinii Hieron) tergolong dalam tumbuhan paku pakis yang tumbuh melimpah di tebing, jurang dan tempat teduh yang beriklim dingin.
 Daunnya berbentuk tripinat dan menyerupai cakar ayam berdasarkan susunan “sisik” daunnya. Tumbuhan yang turut dikenali sebagai paku batu ini mengandungi alkaloid, filosterol dan saponin. Keseluruhan bahagian tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat dan lazimnya disediakan sebagai ramuan yang dikeringkan.

Ciri dan khasiat
Pokok ini mempunyai cirri manis dan panas yang berkhasiat diguna untuk meredakan panas, penawar racun , antikenser (antineoplastik), menghentikan pendarahan (hemostatik) dan meredakan bengkak (antiedema).

Kegunaan
Penyakit utama
Ø Kanser rahim, peparu dan saluran pernafasan

Penyakit lain
Ø Batuk, radang peparu dan tonsil

Sabtu, 14 November 2015

Keladi Tikus

Pokok herba Keladi tikus. - Wikipedia

Nama Tempatan: Keladi Tikus.

Nama Saintifik: Typhonium Flagelliforme.
Nama Lain: Rodent Tuber, Laoshu yu.
Kategori Keluarga: Araceae.
Lokasi dijumpai (Malaysia): hutan dara berpaya, kawasan lembab berair.

Pengenalan.
Keladi Tikus adalah sejenis tumbuhan meliar dari keluarga Araceae. Nama saintifiknya ialah Typhonium Flagelliforme (Lodd) Blume. Tergolong dalan genetik Typhonium, Keladi Tikus juga dikenali dengan beberapa nama lain lagi seperti talas kunting, bira kecil, ileus gofu sepa dan trenggiling mentik. Tanaman semak jenis talas ini hanya tumbuh dengan ketinggian 25 hingga 30cm sahaja dan memilih tempat lembab berpaya untuk tumbuh. Daunnya berbentuk seperti jantung, tumbuh dari ubi dan berwarna hijau segar. Dalam Bahasa Inggeris keladi tikus disebut sebagai Rodent Tuber. Ia dapat dijumpai di kebanyakan titik lembab di Malaysia dan juga Indonesia. Keseluruhan bahagian tumbuhan ini mempunyai khasiat dalam merawat beberapa jenis penyakit.

Typhonium.
Tanaman ini diakui mempunyai nilai anti kanser pada awal 1990’an (Neoh, 1992), ini pendapat sarjana Barat, sedangkan tanaman ini telah lama diguna pakai oleh sarjana Islam seperti Ibnu Sinna dalam perubatan tibb-e-Unani dan di Negeri China. Tumbuhan ini walaupun bukan jenis tumbuhan dikenali umum, tapi ia terkenal dikalangan para tabib (sense) Cina yang menggunakan nya dalam komponen herba tradisional mereka untuk rawatan kahak berangin (wind-phlegm), penyakit yang menyebabkan kejangan otot dan untuk pesakit lumpuh lidah, muka atau percakapan. Contohnya, digunakan dalam ubatan Qianzheng San (Serbuk pemulihan keasal / Powder for Restoring the Normal Position), yang mengandungi ramuan utamanya typhonium, ulat-sutera dan kalajengking, yang diberikan kepada pesakit lumpuh disebabkan stroke. Lanjutan dari versi formula ini adalah ubat Yifeng Dan (ubat menghalang kahak angin / wind stopping pill) ramuan dari Qianzheng San serta banyak lagi ubatan Cina kuno yang menggunakan keladi tikus sebagai ramuan utama dalam ubatan mereka.

Dalam buku Sichuan Chinese Pharmacological History, dituliskan bahawa unsur timbangan bagi typhonium ialah “hangat dan mempunyai rasa kemanis –manisan, kelat, menyucuk, gatal, bertoksik dan ia boleh menyembuh sakit gastrik dan sendi disebabkan dari gangguan darah”. Dalam tahun 1995-96 seorang Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kajihayat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Christopher Teo Kheng Hoe; seorang botanis berkata, keladi tikus dijumpai secara kebetulan ketika seorang pesakit kanser meminta pertolongannya untuk membiak tumbuhan itu, yang dipercayai boleh menyembuh penyakit’, ketika itu beliau terlibat dalam kajian pembiakkan tumbuh-tumbuhan dan beliau berjanji untuk membantu membiakkan keladi tikus dan melalui kajian dijalankan ke atas keladi tikus atau Typhonium, Teo berkata, pesakit menunjuk kesan positif selepas memakan tumbuhan berkenaan, bahkan pesakit akan berasa lebih baik, tidak letih dan mempunyai selera makan.
Pokok Herba Keladi Tikus dari jenis Araceae.

Khasiat dan kegunaan
Di antara khasiat herba ini, ia bagus untuk rawatan penyakit barah seperti penyakit barah payu dara, paru-paru, rektum, hati, prostat, pangkal rahim, buah pinggang serta bermacam jenis kanser lagi. Keladi tikus dapat membunuh sel-sel barah ini dan membaiki semula sel yang telah rosak akibat kemoterapi. Herba ini bersifat antivirus dan antibakteria. Air dari pokok ini mampu merencatkan ketumbuhan kanser dan membantu mengurangkan kesan sampingan rawatan kemoterapi.

Sebelum penemuan terbaru ini, herba tanaman ini telah lama digunakan dalam rawatan kecederaan dalaman dan bengkak dalaman yang menyebabkan pengumpulan cecair pada sel sel dan tisu dalaman. Batang tanaman ini (Rhizome) secara tradisional digunakan sebagai ubat batuk dan untuk penyakit paru-paru. Di Filipina pembungaannya diguna untuk meredakan pendarahan dan membantu penyembuhan luka (Perry, 1980).
Khasiat Keladi Tikus:

1. Membantut ketumbuhan Sel Tumor.

2. Membantut ketumbuhan Sel Kanser.

3. Mengurangkan kesan sampingan dari rawatan kemoterapi (keguguran rambut, mual, hilangan selera makan dsb).

4. Bertindak sebagai Anti-virus dan bakteria.

5. Merungkaikan keracunan toksik ubatan.

6. Merungkaikan keracunan toksik rokok.

7. Mengatasi penyakit diabatis melitus.

8. Mengatasi tekanan.

9. Meningkat stamina dan ketahanan diri.

10. Membantu melegakan penyakit kegagalan jantung.

11. Meyembuh selsema, batuk, kahak dan sakit kepala.

12. Anti Asma.

13. Meredahkah bengkak dan sakit.

14. Mengatasi masalah kekembungan perut.

15. Menyembuh penyakit hati.

Bagaimana Typhonium Flagelliforme bertindak?
Typhonium Flagelliforme / keladi tikus membantu detoksifikasi dalam sistem darah. Kajian menunjukkan bahawa keladi tikus mengandungi kandungan Arginine yang tinggi. Arginine adalah asid amino yang penting yang mana diperlukan untuk pertumbuhan normal mikrob, tanaman dan juga haiwan. Arginine juga diperlukan untuk mengekalkan metabolisme yang normal dan proliferasi sel.

Keladi tikus mengandungi anti-neoplastik atau antikanser, serta berkhasiat sebagai antivirus. Kesan farmakologi ini ialah menjadi ubat utama untuk merawat kanser. Ramuan ini mengandungi ribosome inacting protein (RIP), zat antioksidan dan zat antikurkumin. RIP berfungsi membantutkan perkembangan sel kanser, tanpa merosak jaringan sekitarnya, dan menghalang pertumbuhannya. Zat antioksidan berfungsi mencegah kerosakan gen, sementara zat antikurkumin berfungsi sebagai anti inflamasi / anti radang.
Manfaat Keladi Tikus
(dipetik dari http://herbal369.blogspot.com)

Menurut data dari Malaysia,berbagai penyakit telah disembuhkan antara lain:

Berbagai kanser seperti payudara, paru-paru,usus besar-rectum, liver, prostat, ginjal,leher rahim, tenggorokan, tulang, otak, limpa, leukimia, hempedu, pankreas dan hepatitis (Media Indonesia)

Penyakit-penyakit berat lainnya seperti: Diabetes Melitus, demam berdarah, radang otak, radang tenggorokan,ambeien akut, sakit gigi, keputihan, kista, sinus (gangguan hidung), hernia, biduran dan semua penyakit yang disebabkan virus dan bakteria.

Mengurangi efek samping kemoterapi (seperti: keguguran rambut, kulit kusam, mual-mual)

Menghentikan perdarahan diluar maupun didalam tubuh.

Untuk kanak-kanak dapat mengubati berbagai radang dan sakit gigi.

Keladi tikus penawar kanser semulajadi.
Sistem imun yang sihat merupakan pelindung utama dari penyakit kanser. Sistem imun mempunyai sel dinamakan "Sel NK (Natural Killer -Pembunuh Semulajadi)", yang bertanggungjawab untuk memerangi sel kanser. Setiap saat dalam hidup kita, sel NK bekerja keras untuk membunuh sel kanser. Apabila sel NK gagal melaksana tugasnya, maka tubuh kita dengan mudahnya akan mendapat penyakit kanser. Perubahan diet boleh membantu anda memelihara kesihatan sistem imun dan seterusnya mencegah kanser. Diet yang terdiri dari 80% sayuran, buah-buahan dan jus segar, bijirin dan kacang dapat membantu tubuh berada dalam persekitaran alkali dimana ianya merupakan persekitaran yang tidak baik untuk pertumbuhan sel kanser. Keladi tikus (Typhonium flagelliforme) dapat membantu tubuh dalam membekalkan beberapa komponen aktif bagi tubuh bertindak secara semulajadi bagi memerangi sel asing yang wujud di dalam tubuh. Perkembangan sel yang tidak diperlukan seperti sel kanser dapat dicegah dengan tindakan awal seperti penggunaan herba keladi tikus yang mempunyai sebatian Ribonsome Inactivating Protien secara semulajadi dapat memberikan tenaga tambahan kepada tubuh dan seterusnya memperkukuhkan sel NK, ini dapat dilihat dengan kesan kemasukkan enzim keladi tikus ke dalam darah pesakit yang mempunyai masalah kanser dengan cara penggunaan selama sekurang-kurangnya enam bulan berturut-turut dan tindakan ini perlulah disusuli dengan pemerhatian (medical checkup) oleh pakar yang mempunyai pengalaman didalam mengukur kadar reaktif sesebuah sel kanser.
Pokok herba Keladi tikus asli dari keluarga Araceae.

Cara herba Keladi tikus bertindak didalam tubuh manusia adalah berbeza dengan kaedah rawatan konvensional yang lain. Ianya menyerang sel kanser menerusi apa yang dimakan oleh sel tersebut yang seterusnya akan menyebabkan pengecutan dari dalam pusat sel, ini akan menyebabkan semakin lama, sel itu akan mengecut dengan sendiri kerana kekurangan zat yang sepatutnya menjadi makanan kepada sel tersebut. Di dalam hal ini, pengguna perlulah memahami setiap makanan yang dimakan olehnya akan menjadi makanan bagi sel kanser, ini harus diperhatikan dengan mengikuti beberapa pematuhan pemakanan (pantang utama) yang telah ditetapkan seperti:

Penggunaan gula putih biasa adalah sangat tidak digalakkan, ganti dengan madu lebah asli.

Daging merah (lembu, kambing) tidak disyorkan.

Susu asli (yang terkandung pigmen darah merah) tidak digalakkan, sila hadkan pengambilan.

Merokok dan Alkohol, ini perlu dijauhi.

disamping itu, pesakit juga perlu menjalani sebuah kehidupan yang sihat seperti selalu bersenam dan tidak terlalu memikirkan masalah yang dihadapi, sebaliknya memikirkan bagaikan untuk merawat penyakit yang ada disertakan dengan azam dan keyakinan yang kuat bahawa penyakit yang ada itu ada penawarnya, cuma ikhtiar yang lebih sedikit diperlukan kerana pada hakikatnya, kanser bukanlah satu penyakit yang sama taraf dengan sakit gigi atau demam biasa, ianya memerlukan komitmen yang tinggi untuk sembuh sepenuhnya.
Ubi pokok Keladi tikus yang sudah mencapai tahap matang.

Herba Keladi tikus turut dikenali kalangan pengamal perubatan tradisional, khususnya di rantau asia tenggara seperti Malaysia serta Indonesia dengan nama Keladi cheng, talas kunting dan beberapa nama lain lagi. Kandungan toksin yang ada padanya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit, termasuk kanser, telah menarik minat beberapa buah universiti, termasuk Universiti Sains Malaysia (USM) serta Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk membuat penelitian yang lebih mendalam terhadap herba ini. Mengikut beberapa kajian yang telah dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia menunjukkan, terdapat tindakbalas dari sudut pertumbuhan sel kanser apabila disatukan dengan ekstrak daripada keladi tikus, hal ini terjadi berikutan daripada tindak balas komponen yang dikenali dengan nama Ribosome inactivating protein, yang mempunyai keberkesanan menyekat perkembangan sel kanser dari terus merebak. Ribosome inactivating protein apabila bergabung dengan Monoclonal antibodies yang terbentuk secara semulajadi dalam tubuh akan menghasilkan sejenis toksin yang dikenali dengan nama Immunotoxins, sejenis toksin yang bersifat membunuh sel dan ianya digunakan untuk rawatan kanser serta beberapa jangkitan viral yang lain (rujukan).

Menerusi satu penyelidikan yang diketuai oleh pasukan UPM-MAKNA Cancer Research Laboratory, Universiti Putra Malaysia terhadap herba Keladi tikus (Typhonium Flagelliforme) menunjukkan, terdapat gangguan pada pertumbuhan kanser jenis malignant (jenis kanser, berjangkit)selepas disatukan dengan ekstrak Keladi tikus. Penyelidikan ini menggunakan kaedah Lymphoblastoid seperti yang dipaparkan pada rajah 1.

Rajah 1: Petikan daripada Academic Journal Inc. (pautan)

Penggunaan herba keladi tikus mempunyai sejarahnya yang tersendiri, ianya tidak begitu dikenali sehingga ianya diperkenalkan oleh profesor daripada Universiti Putra Malaysia, yang membantu seorang pesakit kanser membiakkan tumbuhan herba ini untuk merawat kanser yang beliau hadapi. Pokok Keladi tikus yang tumbuh di Malaysia ini biasanya tumbuh subur pada kawasan lembab seperti di pinggiran kawasan laluan sungai dan biasanya ditemui pada ketinggian 1000 kaki pada aras laut, walau bagaimanapun, ianya juga boleh dijumpai pada kawasan yang mempunyai kadar pencahayaan yang kurang seperti dibawah pokok besar berbanding kawasan yang lapang dan terang.

Atasi Diabetes Dan Cegah Kanser Sekarang

Salah satu komoditi pangan yg terhitung benar-benar besar di Indonesia adalah umbi-umbian. Selain jumlah produksinya yg banyak, type umbi-umbian memiliki kandungan gizi yg cukup baik untuk menggantikan beras sebagai bahan makanan pokok. Ubi kaya kandungan prebiotik, serat serta antioksidan. Salah satu type umbi-umbian yg paling populer yaitu ubi jalar. Ubi jalar atau ketela rambat (Ipomoea batatas) yaitu sejenis tanaman yg akarnya bisa dikonsumsi. Ada beragam jenis type ubi di penjuru bumi ini.

Daun Ubi jalar mampu meraangsang ekskresi insulin serta dapat mengahambat kerja enzim @-glukosidase yang dibutuhkan penderita diabetes. Umbi ubi jalar dilaporkan dapat menurunkan kandungan gula darah dengan cara meregenerasi sel beta pada pankreas. Remasan daun ubi jalar juga dipakai secara tradisional untuk mengatasi sendi kaku serta luka bakar. Selain itu ubi jalar dilaporkan memiliki manfaat antioksidan sehingga baik untuk mencegah radikal bebas serta tumbuhnya sel kanker.

Faedah serta Manfaat Ubi Jalar yang lain adalah :

1. Mencegah kanker
Warna jelas seperti ungu, oranye, serta merah pada ubi jalar yaitu sumber karotenoid yg berbentuk beta karoten dan vitamin A. Zat ini memberi perlindungan pada paru serta mencegah terjadinya kanker paru dan kanker mulut.

2. Mengontrol gula darah
Indeks glikemik yg rendah pada ubi jalar membuat kadar gula darah seorang tidak akan naik dalam sekejap. Type karbohidrat ini baik dikonsumsi oleh penderita diabetes serta mereka yang bermasalah dengan insulin.

3. Anti aging
Ubi jalar memiliki kandungan karotenoid tinggi, yg meningkatkan kekebalan tubuh. Juga dapat melawan radikal bebas dan membuat kulit lebih sehat serta tidak mudah mengalami penuaan dini.

4. Merawat elastisitas kulit
Ini adalah efek dari tingginya vitamin C, yg menghasilkan produksi kolagen di mana ia menjaga elastisitas kulit.

5. Mencegah serangan jantung
Vitamin B6 dalam ubi jalar kurangi homosistein kimia, yg mengarah pada pencegahan serangan jantung. Kalium yg ada dalam makanan ini juga memiliki fungsi sama, juga menstabilkan tekanan darah.

6. Mengurangi stres
Kalium juga dapat menurunkan tingkat stres, serta mengurangi kram otot.

Khamis, 12 November 2015

Mengkudu

Nama Botani: Morinda citrifolia Linn.

Nama lain: Noni, Indian mulberry, Painkiller (Inggeris), Pace, Cangkudu (Indonesia), Yo ban (Thai), Nhau (Vietnameses)
Famili: Rubiaceae

Pengenalan:
Mengkudu ialah tanaman bersifat saka berasal dari Asia, Australia dan kepulauan Pasifik. Ia telah hidup secara liar berabad-abad lamanya di negara kita dan kurang mendapat perhatian semasa itu.
 Kebanyakannya terdapat dikawasan pinggir hutan dan berdekatan dengan perparitan dan sungai.

 Tanaman ini mempunyai batang pokok yang lurus, berdaun lebar, bunga berwarna putih, buah berbentuk bujur dan bertukar dari hijau ke putih kekuningan apabila matang. Buah yang masak mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Ketinggian pokok boleh mencapai lebih kurang 10 m.

 Dua spesies tanaman mengkudu yang biasa terdapat di negara ini ialah Morinda citrifolia (mengkudu besar atau mengkudu laut) dan Morinda elliptica (mengkudu kecil atau mengkudu hutan). Terdapat variasi yang ketara dari segi saiz dan bentuk buah.

Khasiat dan Kegunaan:
Mengkudu mempunyai pelbagai kegunaan. Ia telah digunakan sejak turun-temurun dalam perubatan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu.

 ‘Penemuan semula’ dan minat masyarakat umum terhadap tanaman ‘ajaib’ ini bermula pada penghujung 1998 selepas penemuan saintifik tentang bahan aktif serta fungsinya oleh seorang ahli biokimia dari Universiti Hawaii.

 Satu bancian yang dijalankan di Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 22 jenis masalah kesihatan telah dapat dibantu dengan pengambilan mengkudu. Antaranya ialah kanser, kencing manis, darah tinggi, tulang, jantung, kemurungan, pernafasan, penghadaman dan buah pinggang.

 Mengkudu juga boleh dibangunkan ke produk kumpulan makanan seperti makanan kesihatan/tambahan, tonik, minuman dan perubatan tradisional dan barangan bukan makanan seperti kosmetik, penjagaan/kesihatan diri dan biopesticid.

Selasa, 10 November 2015

Enam banduan terlepas hukuman mati

Keputusan meringankan hukuman itu dibuat selepas Lembaga Pengampunan Negeri Kelantan meneliti kes yang dilakukan oleh banduan terbabit
KOTA BAHARU: Enam banduan terlepas daripada menerima hukuman mati manakala seorang lagi dibebaskan awal selepas Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan meringankan hukuman ke atas mereka.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat berkata, Sultan kelantan berkenaan untuk meringankan hukuman ke atas banduan terbabit sempena Hari Keputeraan baginda ke-46 esok.

“Seorang banduan dibebaskan awal manakala empat banduan diringankan hukuman mati kepada penjara seumur hidup.

“Dua lagi banduan diringankan hukuman mati kepada penjara sepanjang hayat,” katanya pada sidang media di Istana Balai Besar di sini, pada Selasa.

Beliau berkata, Lembaga Pengampunan Negeri Kelantan telah meneliti 37 kes rujukan dan mempertimbangkan semua aspek kesalahan, tempoh hukuman yang dijalani dan usaha pemulihan yang telah dilalui banduan terbabit.

Katanya, kesemua tujuh banduan yang diringankan daripada hukuman penjara itu membabitkan kes dadah.

“Banduan yang diberi pengampunan pembebasan awal pula diharap dapat menggunakan peluang kedua itu untuk memanfaatkan diri, keluarga dan masyarakat,” katanya.

– Bernama

Kalimah Allah strategi Kristian sebar dakyah kepada umat Islam


Oleh Athirah Huda Zalhe

GOMBAK, Selasa – Penggunaan kalimah Allah yang pernah diperdebatkan oleh penganut Kristian hanyalah strategi dan helah mereka untuk menyebarkan dakyah agama itu kepada orang Islam di Malaysia.

Naib Presiden MUAFAKAT, A. Karim Omar berkata golongan ini menukar beberapa istilah yang terdapat dalam bible dengan istilah yang mesra dengan orang Islam.

“Beberapa istilah dalam bible dah ditukar oleh mereka untuk kelihatan mesra dengan kita supaya orang Islam tidak rasa asing dengan bible.

“Bagi yang tidak tahu, sudah tentu mereka yakin dengan bible kerana kandungannya ada penggunaan Isa, Yunus dan Allah,” katanya dalam Seminar Pendedahan Ancaman Rencana Kristianisasi (SPARK) di Gombak, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, strategi penukaran penggunaan istilah didalam bible tidak hanya berlaku kepada orang Islam malah kepada penganut Hindu.

“Bila penyebar agama ini (Kristian) jumpa dengan orang Hindu, dia tak akan guna Allah sebaliknya dia guna Tuhan Hindu iaitu Iswar.

“Modus operandinya sama sahaja iaitu menukarkan penggunaan istilah didalam bible supaya mesra dengan mana-mana agama sahaja,” katanya.

Katanya, penyebaran dakyah itu sangat licik dan penuh helah sehingga ia sudah menular dalam kalangan pelajar di negara ini.

“Mereka mengucap dua kalimah syahadah tetapi mereka percaya bahawa Jesus menolong mereka.

“Mereka kekalkan cara hidup Islam sebagai budaya tetapi meletakkan kepercayaan kepada Jesus,” katanya.