Sulaiman Al-Banjari

Banjar Blogger

Lencana Facebook

Mohammad Sulaiman AlBanjari | Reka Lencana Anda

Jumaat, 7 Oktober 2016

Temulawak

Temulawak dengan nama ilmiah "Curcuma xanthoriza" merupakan tanaman memiliki banyak khasiat herba yang berasal dari famili Zingiberaceae. Temulawak merupakan tumbuhan asli Indonesia, khususnya Pulau Jawa dan banyak ditemukan di hutan-hutan daerah tropis. Temulawak dapat tumbuh di daerah dataran rendah hingga dataran tinggi dengan ketinggian 1500 meter di atas permukaan laut. 

Ciri fisik tanaman temulawak adalah berbatang semu dengan tinggi antara 1 - 2 meter. Dikatakan batang semu karena merupakan bagian dari pelepah daun yang tegak dan saling bertumpang tindih, dengan warna hijau atau cokelat gelap. Rimpang terbentuk dengan sempurna dan bercabang kuat, berukuran besar, bercabang-cabang, dan berwarna cokelat kemerahan, kuning tua atau berwarna hijau gelap.

Di Indonesia satu-satunya bagian temulawak yang dimanfaatkan adalah rimpang temulawak, untuk dibuat jamu godog. Rimpang temu lawak mengandung 48-59,64% zat tepung, 1,6-2,2% kurkumin dan 1,48-1,63% minyak asiri dan dipercaya dapat meningkatkan kerja ginjal serta anti-inflamasi. Kurkumin bermanfaat sebagai anti inflamasi (antiradang) dan anti hepototoksik (anti keracunan empedu).

Temulawak memiliki efek farmakologi yaitu hepatoprotektor (mencegah penyakit hati), menurunkan kadar kolesterol, anti inflamasi (antiradang), laxative (pencahar), diuretik (peluruh kencing), dan menghilangkan nyeri sendi. Manfaat lainnya yaitu, meningkatkan nafsu makan, melancarkan ASI, dan membersihkan darah.

Aneka khasiat herba temulawak untuk kesehatan dan kecantikan dan cara konsumsinya sebagai berikut :
1. Memperlancar ASI
Caranya dengan ramuan sebagai berikut : 20 gr rimpang segar temulawak, cuci lalu parut. Hasil parutannya diperas dan disaring, lalu ditim atau dikukus sampai mendidih. Setelah dingin, tambahkan 2 sendok makan madu sambil diaduk rata, lalu diminum. Lakukan pagi dan sore dengan takaran yang sama.

2. Menurunkan kadar kolesterol darah tinggi
Caranya : kupas kulit rimpang temulawak segar sebesar 3 jari, lalu parut. Tambahkan 3/4 cangkir air panas dan biarkan mengendap. Setelah dingin, endapannya dibuang dan airnya diminum. Lakukan setiap hari.

3. Hepatitis
Caranya : rimpang temulawak segar sebesar 2 jari dikupas kulitnya lalu diparut. Tambahkan air panas sebanyak 1/2 cangkir dan 1 sendok madu. Aduk campuran tadi sampai merata lalu dibiarkan mengendap. Minum bagian beningnya, ampasnya dibuang. Lakukan 2 kali sehari, sampai sembuh.

Alternatif lain : rebus 10 gr rimpang temu lawak kering dan 30 gr akar alang-alang ("Imperata cylindrica") dalam 3 gelas air sampai tersisa 1 gelas. Setelah dingin, saring dan air saringannya diminum sekaligus. Lakukan 2 kali sehari.

4. Jerawat
Cuci rimpang temu lawak sebesar 1 jari, lalu potong-potong seperlunya. Selanjutnya rebus dalam 4 gelas minum air bersih sampai tersisa separuhnya. Setelah dingin, saring dan tambahkan madu ke dalam air saringannya seperlunya, lalu diminum. Pengobatan dilakukan sehari 2 kali, setiap kali cukup 1 gelas.

Untuk pemakaian luar, cuci rimpang sampai bersih, lalu diparut. Hasil parutannya dapat digunakan sebagai masker untuk mengobati jerawat dan flek hitam di muka.

5. Sembelit
Sediakan rimpang temulawak dan buah asam ("Tamarindus indica L.") masak, masing-masing sebesar 1 jari, gula enau secukupnya. Selanjutnya potong tipis-tipis, lalu seduh dengan 1 cangkir air mendidih. Aduk sampai gulanya larut dan minum setelah dingin.

6. Penambah nafsu makan
Sediakan 20 gr rimpang temulawak segar yang telah diiris tipis-tipis, 10 gr asam jawa dan 30 gr gula enau. Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam panci email, lalu rebus dalam 250 cc air sampai mendidih selama 15 menit. Selanjutnya, saring dan minum ramuan tersebut selagi hangat, sehari 2 kali, masing-masing 1/2 bagian.

Catatan :
Jika menggunakan perasan air temulawak mentah (tidak direbus atau diseduh dengan air panas), endapkan dahulu supaya tepungnya tidak ikut terminum karena tepung mentah dapat mengganggu fungsi ginjal.

Tepung temulawak dapat dimakan setelah diolah. Caranya parut rimpang, kemudian peras dan endapkan. Buang airnya ganti beberapa kali sampai bau dan warna kuning hilang, kemudian jemur. Akhirnya, tepung temu lawak siap digunakan.
Dicatat oleh Unknown di 1:12 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: temulawak, tumbuhan herba

Ahad, 25 September 2016

Buah gac

Buah Gac atau nama saintifiknya Momordica cochinchinensisadalah sejenis buah exotik yang sangat unik dari segi bentuk luarannya. Keluarga terdekat bagi buah ini ialah Momordica charantia yang kita kenali sebagai peria. Pokok yang tumbuh menjalar ini mengambil masa lebih kurang 8-9 bulan untuk mendapatkan buahnya.
Buah Gac, dipercayai berasal dari Vietnam dan nama Gac juga adalah berasal dari sebutan perkataan bahasa di Vietnam. Kini, buah ini sudah banyak dijumpai dijual di negara jiran kita Thailand dan kemungkinan benih buah ini juga dibawa masuk dari sana.

 Menurut rujukan sebuah blog, Di Chiangmai, jus buah Gac di jual dengan harga 15 Baht sebotol. Buah ini sangat kaya dengan antioksidan, beta-karotena, lycopene (70 kali lebih daripada pada tomato), dan zeaxanthin. Ia juga dikatakan mengandungi kepekatan beta karotena lebih tinggi berbanding buah-buahan atau sayur-sayuran.
Maklumat mengenai buah ini di Malaysia masih lagi kurang namun potensi tanaman ini untuk berkembang sangat baik sekali disebabkan nilai nutrisi buah ini yang sangat tinggi. Jika anda mempunyai makluman lain mengenai tanaman ini, silalah kongsikannya di sini.
Dicatat oleh Unknown di 10:16 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: antioksidan, beta-karotena, buah gac, buah-buahan, sayur-sayuran

Rabu, 14 September 2016

Jumlah Jemaah Haji Merosot Jejas Bisnes Di Tanah Suci

MAKKAH – Banyak aktiviti perniagaan Arab Saudi yang menyediakan perkhidmatan dan jualan barangan kepada para jemaah haji dari seluruh dunia terjejas pada tahun ini akibat bilangan jemaah yang merosot teruk.

Bahkan, jemaah tahun ini juga dikatakan mengurangkan perbelanjaan mereka ketika berada di Tanah Suci. Keseluruhannya, perniagaan berkaitan haji merosot sebanyak separuh, kata Marwan Abbas Shaaban, ketua Jawatankuasa Haji dan Umrah di kerajaan tersebut.

Pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan hanya sekitar 1.86 juta jemaah, termasuk 1.3 juta dari luar negara itu, datang menunaikan haji pada tahun ini, merosot berbanding rekod bilangan kemuncak hampir 3 juta orang yang dicatatkan beberapa tahun lalu.

Jumlah jemaah dari luar berkurangan sekitar 20 peratus dan jumlah jemaah Arab Saudi sendiri pula merosot sebanyak separuh, ujar Marwan. Jemaah asing yang datang ke Tanah Suci pula mempunyai wang belanja yang lebih sedikit, kata Ali al-Hirabi.

Dia yang menjual rantai dan cincin emas di sebuah kedai barangan kemas di bandar suci itu berkata: “Mereka memang datang ke kedai, tetapi situasinya tidak sama lagi seperti ketika dunia ini aman. Negara-negara Arab yang mempunyai masalah.”

Arab Saudi sendiri dan banyak negara jirannya dilaprkan terjejas akibat kejatuhan pada harga minyak dunia yang mengurangkan perbelanjaan negara, gaji serta perbelanjaan domestik. Perang di rantau Timur Tengah juga menjejaskan urusan haji.

Para pegawai memberikan pelbagai sebab mengapa jumlah jemaah merosot. Antara sebab paling ketara ialah boikot oleh Iran, yang melarang warganya daripada datang menunaikan haji tahun ini setelah hubungan diplomatik dengan Arab Saudi putus.
Ia susulan hukuman mati dijatuhkan kerajaan Arab Saudi terhadap ulama Syiah dan kumpulan pengikutnya. Usaha menunaikan haji tidak menjadi setelah Tehran menuduh Riyadh bertanggungjawab atas keselamatan tidak memuaskan pada musim haji tahun lalu.

Negara Parsi itu merujuk insiden tragik apabila sekurang-kurangnya 2,070 orang rakyatnya maut dalam rempuhan. Arab Saudi menyatakan keselamatan haji sudah diperbaiki berbanding tahun lalu dan menuduh Iran mempolitikkan haji dengan kritikan.

Rakyat Iran pada kelazimannya hanya membentuk kira-kira 7 peratus daripada bilangan jemaah haji dari luar negara, dan boikot tersebut sebenarnya tidak membentuk sebahagian besar daripada kemerosotan pada jumlah jemaah haji secara keseluruhan.

Satu lagi faktor ialah kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan di sekitar Masjidil Haram sendiri, yang bertujuan meningkatkan keupayaannya untuk menampung para jemaah haji pada masa depan, namun bermakna ruang yang tersedia agak berkurangan.

“Sepanjang tiga tahun lepas, terdapat kemerosotan jumlah jemaah akibat kerja peluasan dua Masjid Suci dan peningkatan besar-besaran pada infrastruktur selain keadaan politik di sesetengah negara dan keadaan ekonomi sebagai faktor lain,” kata jurucakap kerajaan.

Perang di Syria, Iraq, Yaman dan Libya, menyebabkan jumlah jemaah merosot pada tahun-tahun lepas, juga bertambah buruk tahun ini. Majoriti warga Syria dan Yaman kini tinggal di wilayah dikuasai pihak penentang Arab Saudi, justeru sukar bagi mereka mendapat visa.

Datuk Bandar Makkah, Osama bin Fadl Al-Bar, bagaimanapun tidak memperbesarkan isu kemerosotan bilangan jemaah itu dan berkata: “Tentunya ia ada kesan pada sektor ekonomi, namun sektor swasta selalu lihat pada sudut positif dan peluang pelaburan yang wujud.”
Beliau berkata kerja perluasan Masjidil Haram dan hotel-hotel berhampiran, yang menjadikan kawasan itu dipenuhi kren, akan memacu perniagaan pada masa depan dan membolehkan bandar itu menampung 3.7 juta jemaah haji pada 2020 dan 6.7 juta menjelang 2042.

Sebagai sebahagian pelan pembaharuan agar Arab Saudi tidak terlalu bergantung pada minyak, kerajaannya ingin menggalakkan ramai lagi mengunjungi Makkah di luar musim haji, dan meningkatkan jumlah jemaah umrah kepada 30 juta menjelang 2030 berbanding 8 juta kini.

Namun beberapa pengkritik seni bina dan warisan kebudayaan tidak bersetuju dengan perubahan-perubahan pada landskap Makkah disebabkan projek-projek pembangunan mega, termasuk bangunan-bangunan tinggi dan sebuah menara jam raksasa setinggi 76 tingkat.

Sementara itu, meskipun jumlah jemaah merosot, para peniaga di Makkah nampaknya tidak pula mengurangkan harga mereka. Ini menyebabkan jemaah haji sering mengadu tentang kos barangan asas yang tinggi, terutama berhampiran dengan Masjidil Haram.

Ulama kanan Saudi, Sheikh Abdullah bin Sulaiman al-Manea memberitahu akhbar tempatan Okaz bahawa perniagaan-perniagaan tidak seharusnya merugikan para pelanggan mereka, dan mengkritik kemunculan papan-papan iklan yang berleluasa di bandar raya itu.

“Ibadah haji tidak seharusnya menjadi tempat perdagangan dan keuntungan,” katanya. Warga Maghribi, Fatima al-Murabit, yang menunaikan haji bersama-sama suaminya buat kali kedua berturut-turut berkata, harga barangan meningkat berbanding tahun lalu.

“Kurma pun mahal, dan sikap tidak sopan sesuatu yang biasa dalam kalangan peniaga dan pekerja pasar. Ada eksploitasi terhadap mereka yang tidak tahu-menahu. Saya harap ini berubah pada masa depan. Ramai datang untuk ke Masjid Nabawi dan Kaabah, tapi ada eksploitasi,” katanya. 

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Dicatat oleh Unknown di 1:23 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Masjidil Haram, perniagaan Arab Saudi, Tanah Suci

Rabu, 24 Ogos 2016

120 kilogram emas untuk kelambu Kaabah

MAKKAH, Selasa – Waktu sejurus selepas Subuh setiap 9 Zulhijah merupakan saat-saat yang dinanti-nantikan oleh umat Islam, terutama di kota penuh sejarah ini untuk menyaksikan upacara menukar Kiswah atau kelambu Kaabah baharu.

Menurut catatan sejarah upacara pemasangan Kiswah telah berlaku sejak sebelum kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW lagi.

Namun, ramai yang tidak mengetahui bagaimana Kiswah dihasilkan.

Petugas media Lembaga Tabung Haji (TH) yang berkesempatan melawat Kilang Kiswah Kaabah yang dibina pada 1977 oleh Bapa Pembangunan Arab Saudi, Al Malek Abdul Aziz bin Abdul Rahman, dimaklumkan pekerja memerlukan masa hingga enam bulan untuk menyiapkan sebuah Kiswah.

Jelas sekali, keindahan dan kehalusan seni sulaman Kiswah dengan ayat-ayat suci al-Quran tiada tandingan.

Ia dihasilkan dengan menggunakan benang emas dan perak menerusi sentuhan kira-kira hampir 100 penyulam pakar.

Pengurus Besar kilang berkenaan, Muhammad Abdullah Bajawda dalam taklimatnya memaklumkan bagi menghasilkan sulaman berkenaan, pihaknya menggunakan emas seberat 120 kilogram dan 120 kilogram perak yang disadur pada benang khas yang kesemuanya diimport dari Jerman.

“Seberat 670 kilogram benang sutera yang diimport dari Itali pula digunakan dalam menghasilkan pemidang Kiswah ini,” katanya menerusi penterjemah.

Muhammad berkata, tinggi Kiswah yang dihasilkan adalah lebih kurang 14 meter, ukuran lebar kain Kiswah daripada bahagian dua rukun (sudut) ialah 10.78 meter, ukuran lebar daripada bahagian Multazam ialah 12.50 meter.

“Manakala ukuran lebar kain Kiswah daripada bahagian Hajar Aswad ialah 10.50 meter manakala ukuran lebar kain Kiswah daripada bahagian Bab Ibrahim ialah 13 meter,” katanya.

Penghasilan setiap Kiswah membabitkan kos kira-kira RM24 juta.

Beliau berkata, proses penghasilan Kiswah bermula ketika mencelup warna dan dimasukkan ke dalam makmal bagi proses penegangan benang, daya tahan dan pergeseran benang-benang sutera bagi memastikan ia mengikut spesifikasi.

“Kemudian mesin berteknologi tinggi digunakan untuk menghasilkan pemidang kain Kiswah.

“Setelah siap, kain berkenaan akan dicop ayat-ayat al-Quran dengan menggunakan ‘silk screen’ dengan dakwat warna putih dan kuning termasuk lambang-lambang dan syiar yang berlainan ukuran,” katanya.

Proses berikutnya paling penting, iaitu menyulam benang emas dan perak pada huruf-huruf yang sudah dibentuk.

Seterusnya petugas akan menjahit kepingan-kepingan kain untuk dijadikan Kiswah lengkap.

Kiswah yang telah siap dengan sempurna akan diserahkan kepada pihak pengurusan Masjidil Haram kira-kira sembilan hari sebelum dipasang menggantikan yang lama pada binaan Kaabah. 

– Bernama
Dicatat oleh Unknown di 1:07 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: kelambu Kaabah, Kiswar, Lembaga Tabung Haji (TH), Nabi Muhammad SAW, umat Islam

Selasa, 16 Ogos 2016

Nyaris..... Ular sawa 'tenggek' dalam mangkuk tandas

KLANG – Hasrat seorang kanak-kanak ingin buang air kecil di tandas rumahnya terbantut selepas dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa di dalam mangkuk tandas di Jalan Bukit Mertajam, malam tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 malam itu, reptilia sepanjang dua meter tersebut dipercayai masuk mengikut saluran septik tandas berkenaan.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 8.08 malam dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bergegas ke lokasi.

“Pasukan yang diketuai Ketua Operasi, Mawardi Ahmad mengambil masa 25 minit untuk mengeluarkan ular itu dengan menggunakan penjerut ular.

“Ular itu kemudian dilepaskan di tempat yang selamat,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kes ini.

– MYNEWSHUB.CC
Dicatat oleh Unknown di 8:02 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: buang air kecil, Jabatan Bomba dan Penyelamat, mangkuk tandas, penjerut ular, sawa

Ketum mendapat permintaan tinggi di Amerika dan Eropah - pengeksport

Seorang pengesksport daun ketum hari ini tampil mendakwa bahawa produk berasaskan daun ketum digunakan dengan meluas untuk ubatan alternatif di Amerika Syarikat dan Eropah sejak lebih 10 tahun.

Usahawan Ooi Teik Lee, 53, yang mengusahakan eksport bahan itu di Indonesia, juga mendakwa produk-produk tersebut telah dipatenkan oleh syarikat-syarikat farmaseutikal di AS yang mengeluarkannya.

"Saya terpaksa dedahkan maklumat ini kerana isu ketum menjadi topik hangat dibualkan oleh masyarakat (Malaysia) berikutan cadangan Pihak Berkuasa Pekebun-Pekebun Kecil Getah (Risda) untuk menanamnya secara komersial ditolak oleh kerajaan.

"Kita sebenarnya cuba menidakkan khasiat ketum apabila mengaitkannya dengan gejala tidak sihat. Khasiat tumbuhan ini menjadi rosak apabila ia dicampurkan dengan bahan-bahan terlarang, dan akhirnya ketum mendapat nama buruk," kata Ooi.

Beliau ditampilkan oleh Gabungan Setia Melayu Pulau Pinang, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan nasib penanam-penanam ketum di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir pengerusi NGO tersebut, Mohd Ridzuan Ibrahim dan hampir 100 orang penanam berkenaan, kebanyakannya pekebun kecil getah dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Katanya, produk berasaskan daun ketum banyak berada dalam pasaran di AS dan Eropah antaranya dijadikan teh (uncang), kapsul untuk pelbagai penyakit dan juga jus.

"Ketum yang dieksport dilabelkan dengan nama kretom, tidak boleh nama lain kerana penyelidik barat menggunakan nama kretom. Jika tumbuhan ini memudaratkan seperti dadah sudah pasti AS dan Eropah mengharamkannya," tambahnya.

Ooi berkata beliau melantik wakil pengedar di Washington DC dan Florida dan turut menjadi laluan masuk ke Eropah.

Ooi berkata beliau menjalankan perniagaan mengeksport daun ketum (dalam bentuk daun kering dan serbuk) di Medan, Indonesia sejak 2008 kerana kerajaan negara tersebut tidak melarang penanaman dan pengeksportannya.

"Sebelum menjadikan Medan pusat operasi, saya menjadikan Pulau Pinang pusat eksport dengan mendapatkan bekalan daripada penduduk dari Kedah dan Perlis tetapi undang-undang negara menyekat usaha saya.

"Kebenaran eksport hanya perlukan surat izin kerajaan Indonesia," kata anak jati Pulau Pinang itu dan menambah Indonesia kini menjadi pengeksport terbesar ketum ke AS dan Eropah.

Ooi berkata selain mengusahakan ladang secara usahasama dengan pelabur di Medan, beliau membeli daun ketum daripada penanam tempatan namun enggan mendedahkan nilai eksport tahunan sejak mengeksportnya lapan tahun lepas.

Menurutnya harga eksport daun ketum yang dikeringkan seperti daun teh Cina atau diproses menjadi serbuk adalah antara USD50 hingga USD60 satu kilogram. (USD1 = RM4).

"Industri ketum sebagai herba dalam bidang perubatan sangat besar, bernilai berbilion ringgit dan berpotensi berkembang di Malaysia jika kerajaan memberi sokongan," tambahnya.

Katanya, beberapa syarikat farmaseutikal negara China menunjukkan minat untuk mendapatkan daun ketum sejak tahun lepas namun ia masih dalam peringkat rundingan.

Ooi berkata beliau turut dihubungi usahawan dua negara di timur tengah awal tahun ini untuk merundingkan eksport bahan berkenaan.

-- BERNAMA
Dicatat oleh Unknown di 7:30 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Amerika Syarikat, Eropah, pengesport daun ketum

Isnin, 1 Ogos 2016

Usia baru 4 tahun tapi rupa parasnya..........


MAGURA - BANGLADESH. Tidak pernah dibayangkan oleh pasangan Luvelu Hossain dan Tripti Khatun yang anak mereka Bayezid Hossain akan kelihatan seperti seorang datuk berusia 80 tahun.

Bayezid, yang dilahirkan pada 2012 lalu di hospital kerajaan di Magura, Bangladesh Selatan dikatakan menghadapi penyakit langka Progeria dan Cutis Laxa. Kini ketika baru berumur 4 tahun, dia sudah terlihat seperti orang tua.

"Saya merasa ketakutan melihatnya ketika dia dilahirkan. Dia seperti hanya memiliki daging serta tulang saja. Ia kelihatan seperti 'alien' dan itu membuat hati saya hancur," kata Tripti yang kini berumur 18 tahun.

"Doktor tak tahu apa yang harus mereka dilakukan. Mereka mengatakan mereka tak pernah melihat bayi sepertinya. Mereka memberitahu kami bahawa tidak ada yang dapat mereka lakukan," katanya lagi.

Umur mungkin tidak panjang

Malah apa yang lebih menyedihkan katanya, menurut doktor, buat masa ini tiada ubat yang boleh memulihkan keadaan Bayezid. Menurut doktor, usia Bayezid dijangka tidak akan melebihi 15 tahun

"Bayezid baru berjalan pada umur tiga tahun, tapi dia memiliki susunan gigi yang sempurna pada umur tiga bulan. Perkembangan fizikalnya sangat tidak normal, tapi secara mental dia mampu berbicara dengan baik," kata Tripti.

Dalam pada itu menurut Tripti, dia berharap anaknya sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti orang lain.

"Dia tidak kelihatan seperti anak-anak lain. Dia terlihat seperti orang tua. Sebagai anak sulung saya, saya tak boleh melihat anak saya dalam kondisi seperti ini," katanya.

- Mirror Uk.
Dicatat oleh Unknown di 12:42 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Bangladesh, doktor, orang tua, penyakit langka Progeria

Rabu, 27 Julai 2016

Pokok ketum boleh ditanam jika khasiat dibuktikan - MB Perlis

 Send by Email
Arau – Pokok ketum boleh ditanam secara komersial jika nilai perubatannya dibuktikan secara saintifik dan mempunyai permintaan tinggi di luar negara, kata Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Beliau berkata, ini bagi mengelakkan tanaman itu disalahgunakan kerana pengambilan air ketum yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan selain menyebabkan ketagihan.

Azlan berkata, walaupun daun ketum diakui mempunyai nilai perubatan tertentu dan digunakan secara tradisi untuk mengubati beberapa jenis penyakit tetapi kajian saintifik mengenai nilai-nilai perubatan tumbuhan itu tidak pernah dibuat.

“Saya tidak pasti jika ada pihak di dalam atau luar negara pernah menjalankan kajian saintifik termasuk menerbitkan jurnal atau mengeluarkan laporan mengenai daun ketum,” katanya kepada BERNAMA pada jamuan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri Pauh di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainul Abidin, memohon kebenaran kerajaan untuk menanam pokok ketum secara komersial bagi menambah pendapatan pekebun.

Dalam kenyataannya di Kuala Nerus, Terengganu semalam, Zahidi berkata daun ketum yang didakwa mempunyai nilai perubatan tinggi akan dieksport ke Amerika Syarikat dan Eropah kerana mendapat permintaan tinggi dari syarikat farmasi di sana.

“Sekiranya ada (maklumat mengenai permintaan dari negara luar), mesti ada tindakan untuk memastikan daun ketum yang ditanam secara komersial tidak disalahgunakan,” kata Azlan.

Beliau berkata, pada masa ini hanya Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) diberi kebenaran khas untuk menanam pokok ketum secara terkawal bagi tujuan penyelidikan termasuk kesan, khasiat dan nilai-nilai perubatan secara saintifik.

Katanya, beliau tegas dalam isu daun ketum kerana tumbuhan itu sentiasa disalahgunakan dan dapatan awal kajian Jabatan Pendidikan Perlis mendapati pelajar yang meminum air ketum mengalami kesan negatif seperti ketagihan.

“Secara tidak langsung daun ketum adalah punca pelajar ponteng sekolah dan kemerosotan prestasi mereka. Sebab itu saya mahu pengambilan air ketum yang memudaratkan kesihatan dikekang supaya tidak menjejaskan pelajar,” katanya. 

– Bernama
Dicatat oleh Unknown di 12:53 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Menteri Besar Perlis, Pengerusi RISDA, pokok ketum

Selasa, 26 Julai 2016

Kenali tumbuhan yang berkhasiat

ulam raja
Nama Tempatan : Ulam Raja
Nama Saintifik : Cosmos caudatus
Nama Lain : King salad, Intan Berayun

 Ulam Raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam jenis cosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga yag kecil dan berwarna agak pucat(merah jambu pucat) atau putih.

Ia juga dikenali sebagai bokok intan berayun. biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai 2 meter tingginya dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah pada 200 meter dari aras laut. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang.Tumbuhan ini berasal dari Amerika latin tetapi boleh didapati tumbuh secara liar disemua negara Asean.

Ia mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan laksium dan vitamin A.

 KHASIAT : Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.

Ulam Raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh dihalaman rumah atau didalam pasu bunga. Kaedah penjagaan yang mudah dengan siraman air dua kali sehari akan menjadikan pokok ulam raja mudah membiak dan membesar dengan cepat. Ianya boleh dijadikan sumber sayuran atau ulaman seharian. Sangat sesuai ditanam didalam pasu sekiranya anda tinggal dirumah bertingkat seperti flat atau apartment
Dicatat oleh Unknown di 10:17 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: khasiat tumbuhan, tanaman, ulam raja

Rabu, 20 Julai 2016

"Kebanyakan sushi tidak halal & haram dimakan"

 Send by Email
Hari tu saya ada chatting dengan seorang bekas Chef Masakan Jepun. Kebetulan tengah present kat dia design Logo Budget saya. Beliau pernah kerja kat Suntory Japanese Cuisine..dekat Hilton Hotel Jln Tun Ismail KL.

Chef ni pernah juga kerja kat Tokyo Restoran bangunan Amanah Capital Jln Raja Chulan..restoran ni dah tutup skrng. Juga pernah kerja kat Awana Kijal Resort, Restoran Korean New Ang Kok Kwan dan Sakana Ei. Antara benda yang beliau bocorkan kat saya adalah hampir semua hidangan sushi yang mengekalkan originality standard sushi adalah haram dimakan.

Saya yang peminat tegar Sushi King ni terperanjat setan la kan. Memang saya tahu bahawa Sushi King ni belum dapat sijil halal. Alasannya kerana terlalu banyak supplier jadi susah nk dapatkan pengesahan halal daripada semua supplier.

So saya berbaik sangka lah kat Sushi King tapi bila Chef yang dah otai dalam menyediakan kuliner Jepun sendiri yang bocorkan yg kebanyakan sushi ni tak halal, saya jadi tak mampu berbaik sangka lagi. Nak tahu kenapa?

Ok. Kata chef ni :

+ Pertama : Nasi kepal sushi rasa masam-masam sikit kan? Sebenarnya nasi tu,bila dah masak,mereka akan gaul sedikit cuka dan mirin (4% alkohol)

+ Kedua : Belut (unagi) tu pula dimasak dgn soy sos + sake (40% alkohol)

+ Ketiga : Lagi malang klu mkn kat restoran yang betul-betul punya asli makanan Jepun ni..lepas mkn mereka hidang pencuci mulut ,agar2 dan buah. Agar2 tu di campur dgn jus oren wisky.

+ Keempat : Saya tanya Chef ni. Betul ke terjadi pembaziran air masa nak buat nasi sushi ni. Beliau bagitahu beras California memang kena running water semalaman sbb beras tu sticky

Dia bagitahu lagi, babi mereka tak guna tapi mereka banyak guna arak dalam penyediaan makanan mereka. Chef ni pernah cuba tukar resipi menggunakan bahan yang halal 100% tapi katanya banyak customer yang merungut sebab rasanya tak sama dengan sushi yang asli.

Alhamdulillah Chef ni dah taubat dan dah berhenti jadi Chef makanan Jepun. Beliau tak sanggup dah bersubahat dengan owner restoran untuk buat menu haram ni.

P/s : Ini bukan cerita rekaan. Saya Taufiq Razif bertanggungjawab dengan post ini. Minta tolong sangat-sangat viralkan supaya banyak orang Islam terselamat drp sushi yang tidak halal.

Read more http://www.kualalumpurpost.net/kebanyakkan-sushi-tidak-halal-haram-dimakan/
Dicatat oleh Unknown di 8:20 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Chef Masakan Jepun, haram, makanan, restoren, Sushi

Khamis, 30 Jun 2016

Lelaki maut ditikam isteri selepas bergaduh

WARTAWAN SINAR HARIAN
30 JUN 2016
Gambar Hiasan
MARAN - Seorang lelaki orang asli maut ditikam isteri selepas bergaduh di rumahnya di Kampung Paya Besar, Kertau, Chenor, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa, Awang A/L Muhamad, 42, dari Kampung Paya Besar, Kertau, Chenor meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Maran.

Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi berkata, siasatan awal mendapati, anak tiri mangsa berusia 30 terdengar mangsa dan suspek bertengkar.

Menurutnya, anak tiri, mangsa kemudiannya bergegas ke ruang tamu dan sempat melihat ibu tirinya menikam mangsa.

"Anak tiri mangsa sempat melihat suspek iaitu ibu tirinya berusia 33 tahun menikam perut mangsa sebanyak dua kali di dalam bilik tidur," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, lelaki itu terus membawa adik lelakinya berusia 11 bulan ke rumah saudara berdekatan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Katanya, sepasukan anggota polis yang tiba di tempat kejadian sejurus mendapat maklumat menahan suspek sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk bedah siasat dijalankan.

Mat Rizal berkata, polis menahan reman suspek selama seminggu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dicatat oleh Unknown di 11:46 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Ketua Polis Daerah Maran, Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Jumaat, 13 Mei 2016

Wanita ditelan ular sawa tidak benar

Gambar ular sawa yang didakwa menelan seorang wanita di Taiping mulai viral hari ini.

IPOH
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak hari ini menafikan berita yang menjadi viral di laman sosial bahawa seorang wanita ditelan ular sawa di Taiping.

Pengarahnya, Datuk Yahya Madis berkata perkara itu adalah tidak benar ‎dan pihaknya tidak pernah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu.

"Mesej mengenai ular sawa telan manusia di Jalan Aulong, Taiping tersebut ‎adalah palsu yang pernah diviralkan dahulu dan kini disebarkan semula," katanya dalam satu kenyataan.

Selain memaparkan gambar seekor ular sawa yang ditangkap pihak bomba, viral ‎tersebut menyatakan reptilia itu diserah kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negera (Perhilitan) Perak. - Bernama
Dicatat oleh Unknown di 11:58 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), ular sawa

Jumaat, 6 Mei 2016

Anda seorang isteri harus baca!! Inilah 26 dosa isteri kepada suami yang tanpa disedari sering dilakukan!!

Berikut 26 Dosa Isteri Pada Suami. Apabila masing-masing suami isteri menunaikan kewajibannya secara sempurna sesuai dengan kesanggupannya, jadi kebahagiaan serta keceriaan bakal wujud, permasalahan akan hilang atau paling tidak berkurang. Keadaan ini begitu berpengaruh pada kebaikan keluarga dan kekuatan umat.
Mohon Kongsiikan Ya!

Mengintip Dosa Isteri, 26 Dosa Isteri Pada Suami:

1. terlalu berlebih serta menuntut kesempurnaan

2. kurang memerhatikan ibu bapa suami

3. kurang mempercantikkan diri di hadapan suami

4. banyak berkeluh kesah serta kurang bersyukur

5. mengungkit ungkit kebaikan pada suami

6. menyebarkan permasalahan rumahtangga pada orang lain

7. kurang memerhatikan kedudukan serta status sosial suami

8.kurang membantu suami dalam kebajikan dan ketakwaan

9. membebankan suami dengan adanya banyak tuntutan

10. membuat suami risau dengan banyak menjalin hubungan

11. berlaku nusyuz pada suami

12. menolak ajakan suami berhubungan.

13. lupa dalam melayani suami

14. memasukkan orang yg tidak diizinkan suami Ke dalam rumahnya

15. keluar dari rumah tanpa ada izin suami

16. menaati suami dalam kemaksiatan kepada Allah swt

17. cemburu terlalu berlebih pada suami

18. buruknya tingkah laku isteri bila suami berpoligami

19. lupa dalam mendidik anak-anak

20. kurang perhatian pada keadaan serta perasaan suami

21. menyebarluaskan rahsia tempat tidur

22. isteri mendeskripsikan seseorang wanita pada suami

23. menggugat kepimpinan suami

24. isteri yang Ikhtilah dan tabarruj di hadapan kaum lelaki

25. kurang setia pada suami

26. Kurangnya ketakwaan pada Allah setelah berpisah dari suami

“Terima kasih sudah membaca. Jangan lupa dishare ya, supaya teman-teman yang lain juga tahu maklumat ini.”
Dicatat oleh Unknown di 9:30 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: 26 dosa kepada suami, dosa isteri

Khamis, 5 Mei 2016

Cara buat penggalak tanaman

Penggalak Tanaman (Plant Booster) memudahkan tanaman menyerap baja. Penggunaan baja boleh diminimakan bila digandingkan dengan penggalak tanaman ini. Sesuai digunakan disemua peringkat tanaman, dari anak pokok hingga berbunga, berbuah, hingga pokok tua. Kalau pokok dah mati tak payah gunalah…

Bahan-bahan
Bahan A. Kisar halus pisang, nenas, betik, kangkung dan belacan.
Bahan A (kisar halus)
1. 0.5kg pisang
2. 0.5kg nenas
3. 0.5kg betik
4. 0.5kg kangkung
5. 0.25kg belacan

Bahan B. Susu, gula merah, telur dan beras hancur.
Bahan B
6. 5 biji telur, sekali dgn kulitnya
7. 0.5kg gula merah
8. 0.25kg dedak (sy gantikan dengan beras yg dihancurkan)
9. 1L susu cair
10. 10L air

Bahan C. Ragi dan labu dipotong nipis.
Bahan C
11. 0.5kg labu, hiris nipis, lebihkurang 2mm tebalnya.
12. 3 biji/peket ragi.

Cara Membuat
Masukkan bahan A dan B. Susun labu di atasnya.

1. Campur bahan A (yg dikisar) dengan bahan B. Masukkan dlm satu bekas, kacau.

2. Susun labu yg dipotong nipis atas permukaan bahan. Tabur ragi diatas permukaan labu dan bahan cecair. Jangan tanya saya kenapa, kalau nak tau jugak pasal apa, sila tanya Jabatan Pertanian, diaorang suruh buat macam tu.
Tabur ragi di atas permukaan bahan.

3. Tutup bekas samada dengan kain atau penutup lain. Kain batik orang rumah pun boleh guna. Pastikan bekas yg digunakan tidak penuh. Perlu ada sekurang2nya 1/3 ruang untuk udara dalam bekas peraman. (mikrob pun nak bernafas jugak).
Tutupkan dengan kain

4. Peram seminggu. Hari ke 5 dan ke 6, kulapuk dah mula banyak dipermukaan. Biar saja, jangan usik usik dia.
Lepas seminggu, ada kulapuk putih dipermukaan. Baunya masam masam manis. Dah menjadi Penggalak Tanaman ni.

5. Baja matang selepas hari ke 7. Baunya masam masam manis.

6. Bila baja dah matang, kacau dan tapis. Bersabar waktu menapis, istighfar banyak banyak sbb proses menapis sangat menguji kesabaran. Kalau tapis sambil baca nasyid pun boleh jugak. PT ni agak pekat dan sedikit berlendir.

Nah. Tudia, hasilnya 11.5L Penggalak Tanaman.

Cara penggunaan.
Cairkan PT, 10ml atau 20ml dengan 1L air tanpa klorin dan sembur atau siram pada keseluruhan pokok dan tanah. Ikutlah citarasa masing masing. Seperti biasa, saya selalu bermewah-mewah dengan penggunaan baja buatan sendiri. Kalau habis boleh buat lagi. Seronok pulak main peram- peram baja ni.

Gunakan sekali atau 2 kali seminggu. Adalah perlu diingati bahawa Penggalak Tanaman ini perlu digunakan bersama baja.
Dicatat oleh Unknown di 1:25 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: mikrob, Penggalak tanaman, plant booster, ragi

Isnin, 2 Mei 2016

Petua awet muda yang perlu wanita tahu

Oleh:Nadia Mingguan Wanita

Apabila usia semakin meningkat, macam-macam penyakit mula muncul. Tambah pula kaum mak-mak, tapi kalau anda jenis suka amalkan petua tradisional orang dulu-dulu, in shaa Allah tubuh badan lebih sihat dan subur.

Kali ini anda boleh belajar buat air rebusan halia yang dicampur daun pandan dan gula batu yang boleh kempiskan perut, hilangkan lenguh-lenguh badan, buang angin dalam badan dan mengecutkan peranakan untuk wanita. Amalkan minum setiap hari 2 kali.

Jom semak apa bahannya dan cara buat...
Bahan-bahan:
Daun pandan
Halia
Gula batu

Rebuskan daun pandan dengan halia

Apabila mendidih, masukkan sedikit gula batu.
Dan inilah hasilnya! Memang cukup bagus untuk dalaman wanita, selamat mencuba!
Dicatat oleh Unknown di 11:29 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: daun pandan, gula batu, halia, petua tradisional orang dulu-dulu

Sabtu, 23 April 2016

Perlis negeri paling panas

Stesen Meteorologi Chuping di Perlis mencatatkan bacaan suhu 37.2 darjah Celsius.
KUALA LUMPUR: Hanya Stesen Meteorologi Chuping di Perlis yang mencatatkan bacaan suhu melebihi 37 darjah Celsius hari ini berikutan cuaca panas akibat fenomena El Nino ketika ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dalam satu kenyataan berkata sehingga jam 4 petang semalam, Stesen Meteorologi Chuping di Perlis itu mencatatkan bacaan suhu 37.2 darjah Celsius.

Beliau berkata, tiga kawasan mencatatkan bilangan hari tanpa hujan melebihi 10 hari sehingga semalam ialah masing-masing 19 hari di Kota Baharu dan Machang, Kelantan serta 11 hari di Kudat, Sabah.

“Klang dan Kuala Selangor, Selangor; Kota Tinggi, Johor; Rompin, Pahang serta Kota Kinabalu, Sabah mencatatkan bilangan hari tanpa hujan selama tujuh hingga sembilan hari,” katanya.

Madius berkata, operasi pembenihan awan hari ini juga diadakan di beberapa kawasan.

“Operasi tersebut berjaya menghasilkan hujan di kawasan tadahan Bukit Larut, Perak; empangan Bukit Merah dan Air Kuning, Perak; empangan Sepri, Negeri Sembilan dan empangan Durian Tunggal, Melaka,” katanya.

– BERNAMA
Dicatat oleh Unknown di 12:22 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Chuping, fenomena El Nino, Perlis, Stesen Meteorologi

Rabu, 6 April 2016

Khasiat biji selasih memang sesuai untuk musim panas

Oleh:Nadia Mingguan Wanita

Mungkin biasa makan tetapi belum tahu khasiat biji selasih. Jadi kali ini anda pasti puas hati jika dapat mencuba dan 'bedah' sendiri tentang beberapa zat yang terkandung dalam biji selasih. Rujuk info ini...

1. Dapat mengurangkan panas badan.

2. Cukup berkhasiat untuk menguatkan organ hati.

3 Merawat insomnia (penyakit susah untuk tidur).

4. Menenangkah fikiran yang secara tidak langsung dapat mengurangkan keadaan gelisah dan gagap.

5. Dapat membantu mengatasi masalah gangguan pencernaan seperti sembelit.

6. Dapat mengurangkan masalah sakit kepala, sakit gigi dan sakit perut.

7. Bagi wanita, zat cineole dan tannin yang terkandung dalam biji selasih berkhasiat untuk mengurangkan cairan berlebihan pada vagina.

Biji selasih digunakan untuk merawat sembelit dan heartburn. Selain itu biji selasih ada khasiat lain, seperti minyaknya boleh digunakan sebagai bahan aroma terapi dan minyak wangi. Biji selasih juga boleh merawat pelbagai penyakit. Di CHina, biji selasih digunakan untuk merawat penyakit jangkitan, sakit perut, gigitan serangga, penawar demam, selera makan, membantu penghadaman, jantung, batuk dan mengurangkan panas demam.

Biji selasih boleh dimakan bila masa sahaja tetapi bijinya perlu direndam dalam air. Waktu terbaik untuk mengambilnya ialah sebelum tidur. Biji selasih berkesan sebagai antibiotik memusnahkan bakteria. Ia membantu menyah toksik dari dalam badan melalui darah dengan itu ia membersihkan darah.

Pada waktu malam semasa kita tidur, ia bertindak sebagai pencuci mengeluarkan kesemua toksin dari darah dan pada esok paginya toksin dikeluarkan. Rasa kembong akan hilang dan anda akan rasa segar semula.

Sutter Gould Medical Foundation menyatakan biji selasih boleh mengawal gula dalam darah bagi pesakit kencing manis Type 2. Biji selasih dikatakan dapat membantu mengurangkan berat badan. Sifat selaput gelatin biji selasih yang telah direndam digunakan sebagai bahan dalam minuman dan mengenyangkan, boleh menyebabkan kehilangan selera makan jika diambil sebelum waktu makan.
Dicatat oleh Unknown di 10:13 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: gelatin, khasiat biji selasih, penyakit

Ahad, 3 April 2016

Selasih

SELASIH
Nama Botani: Ocimum basilicum Linn.

Nama lain: Sweet Basil, French Basil(Inggeris), Barbar,Tulsi (Hindi), Raihan (Arabic),Bai horapa (Thai)

Pengenalan:
Selasih merupakan satu darpadai spesies tumbahan yang secara umumnya di kenali sebagai basil. Terdapat lebih kurang 150 spesies dari genus Ocimun ini dan spesies basilicum merupakan yang terpenting. Ia telah lama diketahui mempunyai kepelbagaian sumber dan kaya dengan minyak pati.

 Tumbuhan ini berasal dari kawasan tropika dan separa tropika benua Asia, Afrika dan Amerika Tengah serta Selatan. Kini tersebar luas di kawasan panas di kedua-dua hemispera dari aras laut hingga lebih kurang 1,800 m tinggi.

 Walau pun tanaman selasih telah berabad-abad lamanya berada di negara kita, namun ia masih ditanam dikawasan kebun dapur iaitu bagi kegunaan sendiri.Selasih ialah sejenis tanaman semusim yang tumbuh menegak dengan ketinggian antara 30–90 cm. Batangnya bersegi dan berwarna sama ada hijau, ungu atau perang. Daunnya berwarna hijau pekat, tunggal dan berbentuk bujur telur (‘ovate’). Di negara ini pada kebiasaannya pembungaan bagi tanaman dari biji benih bermula selepas lebih kurang 75 hari selepas di tanam ke ladang. Bunganya terdapat dibahagian hujung batang dan dahan pokok. Keseluruhan bahagian tumbuhan boleh mengeluarkan bauan yang sangat beraroma.

Khasiat dan Kegunaan:
Tanaman selasih mempunyai berbagai-bagai kegunaan. Di Malaysia tumbuhan ini digunakan dalam masakan dan dikatakan mempunyai khasiat perubatan. Di Amerika pula disebabkan kecantikan dan bau yang menarik beberapa baka terpilih telah jadikan sebagai tanaman landskap dan tanaman hiasan.

 Di samping itu ia dianggap sebagai salah satu herba kulinari yang terkenal dan juga dijual sebagai bunga segar dan produk kering. Minyak pati yang dihasilkan melalui pengekstrakan daun dan bunga digunakan dalam industri minyak wangi, farmasiutikal, aromaterapi dan makanan dengan manfaatkan bauan dan perisa yang asli.
Dicatat oleh Unknown di 1:00 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: khasiat perubatan, Selasih, tumbuhan herba

Selasa, 29 Mac 2016

Nasi Ambeng - Juadah tradisi kebangaan masyarakat Jawa

Nasi Ambeng merupakan juadah tradisi masyarakat Jawa di Malaysia. Menurut orang-orang Jawa, Nasi Ambeng berasal dari Kepulauan Jawa di Indonesia, kemudiannya dibawa ke Tanah Melayu dan Singapura oleh masyarakat Jawa yang berhijrah dari Tanah Jawa.

 Sehingga kini, juadah Nasi Ambeng masih dikenali masyarakat terutamanya dikalangan masyarakat yang kuat mengamalkan adat dan budaya Jawa.
Nasi Ambeng secara tradisinya dihidangkan ketika orang-orang kampung di kalangan masyarakat Jawa mengadakan majlis tahlil, ‘selamatan’ atau ‘yasinan’. Secara simboliknya, cara menyediakan nasi ambeng dilihat sebagai satu kerjasama serta sama-sama berkongsi rasa syukur dengan rezeki yang ada.
Nasi Ambeng merupakan gabungan beberapa juadah yang diletakkan di dalam sebuah dulang besar dan dilapik serta ditutup dengan daun pisang.
 Antara juadah yang digabungkan menjadi satu gabungan juadah yang dipanggil nasi ambeng ialah nasi putih, ayam, sama ada seekor ayam dibelah empat atau ayam ungkep atau ayam masak kicap, pegedil, ikan kering goreng, serunding kelapa, mee goreng, sambal tempe dan suhun goreng, telur rebus serta sayur-sayur ulam yang direbus contohnya kangkong, pucuk ubi atau paku rawan/ginjer rebus.
 Namun, lauk pauk yang digabungkan adalah berbeza mengikut kebiasaan orang-orang jawa di kampung-kampung atau daerah-daerah tertentu.
Nasi Ambeng yang dihidangkan di dalam dulang, akan dimakan oleh tiga atau empat orang sahaja. Namun ia bukan bermaksud, mereka perlu menghabiskan kesemua juadah yang disediakan tersebut. Bagi masyarakat Jawa, individu yang hadir ke majlis-majlis kenduri itu hanya makan sedikit sahaja, kemudiannya, akan dibahagi-bahagikan sama banyak lauk pauk tersebut bersama nasi putih untuk dibawa pulang. Daun pisang yang menutupi hidangan tersebut akan digunakan untuk membungkus nasi ambeng dengan cara membungkus yang agak unik.
Kini, nasi ambeng bukan hanya didapati ketika masjlis-majlis kenduri tahli dan dosa selamat sahaja, bahkan terdapat peniaga yang menjual serta menyediakan juadah nasi ambeng di restoran-restoran dan warung-warung. 
Bahkan, nasi ambeng yang menjadi kebangggan masyarakat Jawa bukan hanya diminati dan dikenali oleh orang Jawa sahaja, ia juga diminati oleh etnik Melayu yang lain. ia juga diminati oleh masyarakat bukan Melayu seperti Cina dan India.
 Terdapat juga pengusaha nasi ambeng yang menyediakan juadah nasi ambeng untuk tempahan majlis-majlis kenduri di kampung-kampung juga di bandar-bandar.
Dicatat oleh Unknown di 11:26 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: masyarakat jawa, nasi ambeng

Khamis, 24 Mac 2016

Implant gigi? Bagaimana? Inilah caranya dibuat....

 by admin

IMPLAN DIBUAT DARIPADA TITANIUM, BOLEH SEBATI DENGAN TULANG DAN BERFUNGSI SEBAGAI PENAMBAT GIGI
PERNAHKAH anda terfikir untuk menanam gigi baru bagi menggantikan gigi yang rosak? Tidak kira sama ada kerosakan itu disebabkan kemalangan atau penyakit, inovasi bidang pergigian menjanjikan anda boleh memiliki senyuman menawan dengan susunan gigi yang sempurna.


Presiden Persatuan Pergigian Implan Malaysia, Dr Firdaus Hanapiah, berkata implan gigi bukanlah kaedah baru, sebaliknya ia sudah diperkenalkan sejak 1960an. Beliau berkata, implan gigi bermaksud penggantian akar gigi tiruan dan ia dirintis oleh Prof Per-Ingvar Brånemark dari Sweden.
Katanya, Brånemark mendapati implan yang dibuat daripada titanium boleh sebati dengan tulang dan berfungsi sebagai penambat untuk gigi. “Titanium yang bertindak sebagai implan dimasukkan ke dalam tulang gusi. Kini asas penciptaan Brånemark diperbaharui dan terdapat pelbagai jenis implan gigi yang boleh dipilih oleh pesakit,” katanya.

LUBANG implan selepas gigi dicabut (gambar kiri).

PROSES PENANAMAN IMPLAN.

Berbanding dengan alternatif rawatan pergigian yang lain, implan gigi lebih kuat dan lasak. Ia juga berfungsi hampir menyamai gigi asal. Oleh itu, ia adalah jawapan kepada masalah kehilangan gigi kekal.

Dr Firdaus berkata, implan bukan saja boleh dipasang secara sendiri tetapi ia juga digunakan sebagai sokongan kepada kaedah pergigian terdahulu seperti jejambat gigi (bridge) atau bertindak menambah kestabilan gigi.

Selain itu, katanya ia juga boleh berfungsi mengurangkan masalah tisu gusi.

“Ada beberapa jenis implan dan antara yang popular ialah implan menyerupai akar (root shape implant) dan implan satu keping (one piece implant),” katanya.
IMPLAN yang sudah ditanam, tetapi belum dipasangkan gigi. GIGI selepas proses implan.

Dr Firdaus berkata, implan gigi tidak sama dengan gigi palsu, sebaliknya, implan yang diperbuat daripada titanium bertindak sebagai akar kepada gigi yang hilang. Ia akan ditanam dalam gusi sebelum gigi yang diperbuat daripada porselin dilekatkan di atasnya.

Katanya, selain bergantung kepada keadaan gigi pesakit dan kekuatan tulang bawah gusi, ada kalanya proses meletakkan implan dan gigi dilakukan beberapa bulan atau hari selepas gigi dicabut.Selepas implan ditanam, katanya pemasangan gigi akan dibuat beberapa ketika selepas itu dan sekali lagi ia bergantung pada kekuatan tulang bawah gusi pesakit.

Bagaimanapun, Dr Firdaus berkata, bagi pesakit yang memiliki tulang bawah gusi yang kuat, prosedur membabitkan penanaman dan pemasangan implan dan gigi dengan kadar segera boleh dilakukan. Kaedah ini dikenali sebagai implan pasang segera (immediate loading procedure).

Secara umum, pada peringkat antarabangsa, ada beberapa tempoh masa diberikan bagi menanam implan selepas gigi dicabut. Antaranya:

Implan pasang segera selepas gigi dicabut
Pemasangan implan yang tertunda selepas gigi dicabut (Delayed immediate post-extraction implant placement) yang memakan masa antara dua minggu atau tiga bulan selepas dicabut.

Pemasangan implan lewat (tiga bulan selepas dicabut)
Pesakit kadang kala tidak mahu menunggu lama untuk memasang implan selepas gigi dicabut, justeru implan pasang segera menjadi pilihan.

Prosedur ini membolehkan implan ditanam dan gigi terus diletakkan di atas. Prosedur ini banyak bergantung kepada beberapa faktor antaranya tulang gusi yang kuat untuk menampung implan dan porselin. Jika tulang gusi tidak kuat, ia tidak boleh dilakukan.

Dr Firdaus berkata, tulang bawah gusi berfungsi untuk memegang implan dan jika tidak kuat atau nipis, ia tidak boleh menampung porselin sekali gus menyebabkan pecah.

“Kalau tulang bawah gusi memang tidak kuat, ia diperbaiki dengan menambah kekuatan tulang menggunakan tulang sintetik yang diambil daripada rahang atau pinggang pesakit,” katanya.

Bagaimanapun, katanya bukan semua gigi boleh diganti dengan implan pasang segera. Hanya gigi yang tidak memiliki gigitan yang kuat contohnya gigi depan saja boleh melalui prosedur ini.

“Implan memiliki kekuatan yang sama dengan gigi asal. Ia boleh bertahan lama selagi kita menjaganya seperti mana penjagaan gigi biasa. Plak juga tidak mudah lekat kerana ia diperbuat daripada porselin, jadi ia licin,” katanya.

Dr Firdaus berkata, jika hanya satu batang gigi saja yang ingin diganti, prosedur implan satu keping menjadi pilihan.

“Biasanya, implan ini dipasang jika hanya satu batang gigi saja yang rosak atau ia berulang kali berlubang yang tidak boleh dibetulkan atau gigi hanya tinggal tunggul. Selalunya, prosedur ini menjadi pilihan mereka yang kemalangan jalan raya atau mengalami rahang pecah,”

Mengenali proses implan
Diagnos atau imbasan seluruh gigi perlu dibuat bagi mendapatkan ukuran. Ini bagi mendapatkan ukuran panjang implan yang akan ditanam. Panjang implan adalah berdasarkan panjang akar gigi yang akan diganti. Biasanya akar gigi orang dewasa adalah antara lapan hingga 15 milimeter (mm) dengan lebar antara 3.3 mm hingga 6 mm.

Pesakit akan dibius menggunakan jenis bius setempat dan prosedur memasukkan implan mengambil masa 10 minit. Proses ini tidak menyakitkan. sementara gigi belum dipasang, satu alat khas dipasang bagi menutup permukaan implan. Gigi (crown) akan diletakkan di atas implan dalam masa dua bulan setengah (minimum).

Kekurangan alternatif lain selain implan
Secara tradisionalnya kehilangan gigi akan digantikan dengan gigi palsu. Bagaimanapun, gigi palsu tidak membolehkan pemakainya menggigit dengan kuat, mudah patah dan pecah.

Satu lagi rutin gigi palsu yang mesti dipatuhi, ia perlu dibuka sebelum tidur bagi mengelak jangkitan.

Selain gigi palsu, alternatif yang ada adalah jejambat gigi (bridge) masalahnya, gigi di sebelah kiri dan kanan perlu dibetulkan bagi memudahkan proses menyangkut bridge. Masalahnya gigi yang elok juga perlu dipotong.

INFO: Siapa yang boleh menggunakan implan gigi?
Secara umum, mereka yang boleh memilih prosedur ini adalah;

Kehilangan sebatang atau lebih gigi.

Memiliki tulang bawah gusi yang kuat atau boleh melakukan prosedur graft tulang.

Berhadapan dengan trauma yang menyebabkan gigi rosak, patah atau mengalami penyakit kekurangan gigi sejak lahir (hypodontia)

Memiliki tisu mulut yang sihat

Tidak berhadapan dengan masalah kesihatan yang boleh mengugat proses penyembuhan tulang.
Dicatat oleh Unknown di 8:48 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Presiden Persatuan Pergigian Implan Malaysia, rawatan pergigian

Gagal ginjal boleh disembuhkan hanya dengan minum air rebusan daun ini

BANJARMASINPOST.CO.ID - Secara normal ginjal kita selalu melakukan pekerjaannya dengan sempurna, yaitu menyaring darah dari limbah-limbah metabolisme.

Namun, terkadang ginjal gagal melakukan pekerjaannya itu, maka kondisi ini disebut gagal ginjal, sebagai akibatnya zat-zat yang berbahaya ini menumpuk dalam tubuh sehingga akan menimbulkan berbagai gejala gagal ginjal yang berbahaya.

Seperti dikutip mediskus.com tanpa pengobatan atau penanganan yang tepat, gagal ginjal akan mengakibatkan penumpukan racun, cairan ekstra dan mineral berbahaya dalam darah yang pada akhirnya akan menyebabkan kematian.
Sebelum melakukan metode oleh tim medis, sebaiknya kamu memilih pengobatan alternatif yang lebih alami dan menyehatkan.

Dengan mengkonsumsi rebusan daun sukun secara rutin ini dipercaya bisa menjadi obat mujarab bagi penderita penyakit gagal ginjal.

Beberapa penelitian menemukan jika daun sukun bermanfaat untuk menyembuhkan kemampuan dari ginjal.

Halaman selanjutnya
Dicatat oleh Unknown di 1:41 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: ginjal gagal, kesihatan, mineral berbahaya, racun

Jumaat, 5 Februari 2016

Cantik: Gabungan 2 bahan yang cukup jimat untuk kulit

Oleh:Nadia Mingguan Wanita

Wanita mana yang tak mahu miliki wajah yang halus dan lebih cerah dengan cara yang mudah?

Ya, setiap wanita pasti mengidamkan punya wajah yang halus dan putih, atau mungkin mahu kulit yang bebas daripada segala masalah kulit.

Ada yang sanggup menghabiskan duit semata nak tutup cela di wajah tapi wanita, pernahkah anda terfikir nak cantik dengan cara alami?

Siapa sangka dengan menggunakan bahan-bahan alami anda boleh memiliki kulit yang lebih cerah. Memang tak akan secepat menggunakan krim yang mengandungi bahan kimia, tapi percayalah cara ini jauh lebih selamat dan jimat!

Kayu manis mampu membuat pori-pori kulit mengecil. Dan kulit kayu manis mengandungi zat anti bakteria yang berguna untuk mengubati infeksi pada kulit.

Dengan menggunakan masker kayu manis dan madu, ini akan membuatkan kulit wajah bebas jerawat, lebih halus, dan cerah.
Bahan-bahan:
2-3 sudu serbuk kayu manis
1 sdm madu

Cara guna:
1. Campurkan kedua-dua bahan ke dalam satu mangkuk, kacau sebati.

2. Cucilah wajah terlebih dahulu sebelum menggunakan masker kayu manis ini.

3. Sapukan masker pada wajah (pastikan tangan bersih).

4. Biarkan selama 20 hingga 30 minit sampai masker kering dan cuci dengan air dingin.

5. Keringkan dengan tuala bersih.

Lakukan cara ini 2-3 kali dalam seminggu untuk hasil yang terbaik. Gadungan dua bahan ini akan sangat efektif untuk membuat wajah anda semakin cantik dan mulus. Selamat mencuba ya, adik manis!
Dicatat oleh Unknown di 9:06 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: kulit, madu, wajah, wanita
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

Ingatan bagi diri ku

Ingatan bagi diri ku

Arkib Blog

  • ►  2017 (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ▼  2016 (24)
    • ▼  Oktober (1)
      • Temulawak
    • ►  September (2)
      • Buah gac
      • Jumlah Jemaah Haji Merosot Jejas Bisnes Di Tanah Suci
    • ►  Ogos (4)
      • 120 kilogram emas untuk kelambu Kaabah
      • Nyaris..... Ular sawa 'tenggek' dalam mangkuk tandas
      • Ketum mendapat permintaan tinggi di Amerika dan Er...
      • Usia baru 4 tahun tapi rupa parasnya..........
    • ►  Julai (3)
      • Pokok ketum boleh ditanam jika khasiat dibuktikan ...
      • Kenali tumbuhan yang berkhasiat
      • "Kebanyakan sushi tidak halal & haram dimakan"
    • ►  Jun (1)
      • Lelaki maut ditikam isteri selepas bergaduh
    • ►  Mei (4)
      • Wanita ditelan ular sawa tidak benar
      • Anda seorang isteri harus baca!! Inilah 26 dosa is...
      • Cara buat penggalak tanaman
      • Petua awet muda yang perlu wanita tahu
    • ►  April (3)
      • Perlis negeri paling panas
      • Khasiat biji selasih memang sesuai untuk musim panas
      • Selasih
    • ►  Mac (3)
      • Nasi Ambeng - Juadah tradisi kebangaan masyarakat ...
      • Implant gigi? Bagaimana? Inilah caranya dibuat....
      • Gagal ginjal boleh disembuhkan hanya dengan minum ...
    • ►  Februari (1)
      • Cantik: Gabungan 2 bahan yang cukup jimat untuk kulit
    • ►  Januari (2)
  • ►  2015 (16)
    • ►  Disember (9)
    • ►  November (7)

Popular Posts

  • Masakan tradisional Banjar di Malaysia
    Masyarakat Banjar antara etnik rumpun Melayu Nusantara yang kini menjadi sebahagian daripada etnik Melayu terbesar di Malaysia. Etnik Banj...
  • Wanita ditelan ular sawa tidak benar
    Gambar ular sawa yang didakwa menelan seorang wanita di Taiping mulai viral hari ini . IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak hari i...
  • Cara buat penggalak tanaman
    Penggalak Tanaman (Plant Booster) memudahkan tanaman menyerap baja. Penggunaan baja boleh diminimakan bila digandingkan dengan penggalak tan...
  • Cantik: Gabungan 2 bahan yang cukup jimat untuk kulit
    Oleh:Nadia Mingguan Wanita Wanita mana yang tak mahu miliki wajah yang halus dan lebih cerah dengan cara yang mudah? Ya, setiap wanita pa...
  • Buah gac
    Buah Gac atau nama saintifiknya Momordica cochinchinensisadalah sejenis buah exotik yang sangat unik dari segi bentuk luarannya. Keluarga ...
  • Pokok serai kayu
    Nama Tempatan:  Salam Nama Saintifik: Eugenia Polyantha Nama Lain: samak kelat, bay leaf, daun salam manting, serah, serai kayu, ...
  • "Kebanyakan sushi tidak halal & haram dimakan"
      Send by Email Hari tu saya ada chatting dengan seorang bekas Chef Masakan Jepun. Kebetulan tengah present kat dia design Logo Budget say...
  • Tiada amaran jangkitan coronavirus pada kurma - KP Kesihatan
    Posted by Editor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan bahawa tiada sebarang amaran yang dikeluarkan oleh Pertubuhan ...
  • Nasi Ambeng - Juadah tradisi kebangaan masyarakat Jawa
    Nasi Ambeng merupakan juadah tradisi masyarakat Jawa di Malaysia. Menurut orang-orang Jawa, Nasi Ambeng berasal dari Kepulauan Jawa di Ind...
  • Atasi Diabetes Dan Cegah Kanser Sekarang
    Salah satu komoditi pangan yg terhitung benar-benar besar di Indonesia adalah umbi-umbian. Selain jumlah produksinya yg banyak, type umbi...

Tetamu

Untuk renungan kita bersama

Untuk renungan kita bersama

Mengenai Saya

Unknown
Lihat profil lengkap saya

Kulaan sabarataan

Kulaan sabarataan

Tetamu

Senarai Blog Saya

  • Wak Labu Farm
    PM gesa imarah masjid, suburkan kegiatan ilmiah - bharian.com.my Oleh Nur Izzati Mohamad bhnews@bh.com.my - Mac 18, 2025 @ 7:08pm Anwar menandatangani plak simbolik perasmian pada Majlis Perasmian Masjid J...
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN - Assalammualaikum, salam sejahtera semua. Alhamdulillah, masih diberi sedikit kerajinan untuk che mat kemas kini blog tiffinbiru ini, walaupun ini entri p...
  • Detik Islam
    Waktu Hilangnya Islam - Ustaz Wadi Annuar - Islam akan lenyap. Lenyapnya tuan-tuan, lenyap ni sehingga tidak ada satu masjid pun di atas muka bumi Allah yang meluangkan azan. Haih bila itu usta? p...
  • Bloglist Malaysia
    Kebodohan Seorang Pesuruhjaya Parti Islam - Kt
  • Hidup Itu Indah
    Selamat Menyambut Ramadhan Buat Semua - Assalamualaikum Pagi Semua. Selamat menyambut Ramadhan penuh Barokah buat semua. Moga kita semua mengejar pahala selagi mampu. Niat dan berazam khatam Al ...
  • SantaiD'Rimba
    Biji Benih Pokok Ulam Jarjir - Gambar pokok ulam Arab, Jarjir (جرجير) Benih pokok Jarjir sebungkus 20g. +/- .. Harga rm30 sebungkus atau rm55 dua bungkus, termasuk poslaju .. W/a: 012 3...
  • WANITA ~GARAM DAN GULA
    APAM POLKADOT~~~ - *assalamualaikum...* *kali ni sy nak bercerita pasal apam polkadot yg skang ni tengah famous... * *sy yg tengok pon geram gak ar coz bentuk nye yg comel n wa...

Tumbuhan Herba

Tumbuhan Herba
tepus

Tumbuhan Herba

Tumbuhan Herba
misai kucing

Tumbuhan Herba

Tumbuhan Herba
beluntas

Tumbuhan Herba

Tumbuhan Herba
bunga kantan
Tema Ringkas. Dikuasakan oleh Blogger.